"Saya bangga dengan pemain muda saya'
Itu kenyataan daripada Pengurus Selangor Pistons, Syahril Mohd Rashid, yang berpuas hati dengan prestasi pasukannya selepas selepas mengharungi tiga Grand Prix dalam saingan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL), Premier 2025.
Dia memberi jaminan bahawa pihak pengurusan Selangor Pistons akan terus meletakkan kepercayaan kepada barisan pemain sedia ada untuk memacu pasukan buru slot ke pentas Champions Cup 2025.
Syahril yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Selangor, dia berpuas hati dengan prestasi semasa yang ditampilkan pasukannya selepas mara ke separuh akhir di GP Terengganu dan Kuala Lumpur.
Dia juga berasakan pentas STL sebagai medan terbaik dalam proses mematangkan pemainnya yang juga dalam persiapan menuju ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 nanti.
"Pada tahun kami membariskan sepenuhnya pemain muda terutamanya pemain Sukma, mereka sedang dalam proses untuk meraih pengalaman.
"Syafiq bermain penuh, Salman juga membuktikan bahawa dia layak berada di situ. STL juga sebahagian daripada program sepak takraw di Selangor.
"Ia membantu pemain bersedia daripada sekarang untuk meraih emas yang kami mahukan di Sukma nanti." katanya.