Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: KL Thunder ke peringkat seterusnya dengan rekod tanpa kalah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-thunder.jpg
Juara bertahan, KL Thunder menepati ramalan untuk mara ke saingan klasifikasi kelas satu susulan kejayaan kekal rekod bersih tanpa kalah berdepan ATM Guardians yang akur tersingkir awal dalam saingan CelcomDigi STL kali ini.

Mempertaruhkan gandingan Amirul selaku feeder, Zarif di bahagian tekong juga Aekkasit di posisi striker - KL tidak gentar dengan pendirian ATM yang kekal meletakkan kepercayaan buat trio Afifuddin, Ikmal dan Faizzul.

Hasilnya KL menang 15-11 dalam aksi set pertama dalam tempoh 22 minit.

Namun segalanya berubah di set kedua apabila ATM mempamerkan aksi cemerlang untuk heret permainan ke set penentuan susulan berjaya mematahkan deretan servis berbisa KL menerusi kemenangan 15-12.

Dan di set penentuan ini -- ATM sekali lagi tampil aksi ampuh dengan mendahului permainan 8-5 sebelum KL bangkit mengikat kedudukan kepada 11-11. Sebelum juara bertahan ini terus mendunia menyingkirkan guardians menerusi kemenangan 15-13.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video