Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL 2025: Kelantan Warriors, KL Thunder buka langkah dengan kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-warrior.jpg
Kelantan Warriors melakar kejutan dalam saingan CelcomDigi STL 2025 GP Johor susulan kejayaan mengatasi Penang Black Panthers, sebentar tadi.

Aksi pembukaan hari kedua GP Johor CelcomDigi STL 2025 menerusi saingan Kumpulan D, Penang Black Panthers cukup berkobar-kobar selepas meraih keputusan positif hari ini -- bersedia menumbangkan impian Kelantan Warriors.

Menurunkan trio sama iaitu Imran Fazli selaku tekong utama sambil dibantu Rusdi dan Haikal Huzzaimi di bahagian apit -- Penang pada awalnya ketinggalan 4-7 sebelum bangkit mengatasi lawan kepada kedudukan 9-7.

Dan prestasi menakjubkan itu berjaya dikekalkan juara tiga kali, menerusi kemenangan set pertama 15-11 dalam tempoh 28 minit.

Bagaimanpun, skrip berbeza melanda gaya permainan Penang apabila mereka terpaksa berdepan set penentuan, susulan kekalahan set kedua menerusi kemenangan Kelantan 15-9.

Dan hasrat skuad Harimau Kumbang untuk mara awal ke separuh akhir tidak kesampaian, susulan tewas aksi di set penentuan menerusi kekalahan 15-10, membuka peluang Kelantan yang mengejar misi wajib menang dalam aksi terakhir kumpulan esok!

Dalam satu lagi perlawanan, KL Thunder melakar kemenangan 2-0 ke atas Bomba Fighters, kemenangan pertama buat pasukan KL dan bakal mencari kemenangan dalam aksi yang berlangsung esok bagi membawa cabaran dalam kelompok empat pasukan terbaik!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video