Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane ternyata bingung dengan persembahan anak-anak buahnya sejak bermula musim 2020/2021 selepas Real Madrid dengan konsistennya mempamerkan prestasi yoyo yang naik turun.
Untuk lima perlawanan terakhir mereka, selepas kejayaan menumbangkan Barcelona di Nou Camp, Real Madrid sekadar mencatat keputusan seri di Liga Juara Juara Eropah menentang wakil Bundesliga, Borussia Monchengladbach di laman lawan. Dua perlawanan seterusnya mata penuh berjaya diraih apabila mencatatkan kemenangan ke atas Huesca dan Inter Milan.
Namun terbaru untuk saingan La Liga, Real Madrid yang bertandang ke Stadium Mestalla terpaksa akur tewas dibelasah Valencia 4-1. Kali terakhir Real Madrid bolos empat gol adalah pada 2018 kepada pasukan The Catalan. Dalam perlawanan itu, Karim Benzema meletakkan Los Blancos di depan pada minit ke 23, namun selain masalah jentera tengah dan serangan yang gagal berfungsi baik dalam perlawanan ini, barisan pertahanan yang menampilkan Sergio Ramos, Raphael Varane, Marcelo dan Lucas Vazquez telah memberikan tiga sepakan penalti yang kesemua diambil oleh Carlos Soler.
Soler, pemain kelahiran Sepanyol berusia 23 tahun itu tenang menyempurnakan ketiga-tiga sepakan penalti menewaskan Thibaut Courtois selepas pemain berpengalaman seperti Ramos dan Marcelo melakukan kesilapan-kesilapan mudah di dalam kotak penalti.
Bola terkena tangan, menarik baju pemain lawan dan menghalang pergerakan kaki penyerang lawan adalah tiga kesilapan mudah yang dilakukan pertahanan Real Madrid. Itu belum dikira gol sendiri dari Raphael Varane yang meletakkan Zinedine Zidane berada dalam keadaan bingung.
Zizou sendiri mengakui ini merupakan antara persembahan terburuk anak-anak buahnya musim ini yang menyaksikan mereka kini berada di tangga keempat dengan 16 mata dari lapan perlawanan. Real Sociedad, Villareal dan Atletico Madrid menduduki tiga tempat teratas.
Perlawanan setersunya, Los Blancos akan menerima berkunjung ke Stadium Ceramica untuk berdepan pasukan di tangga kedua, Villareal.
Andai prestasi tidak menentu ini berterusan untuk beberapa perlawanan akan datang, tiada keraguan kedudukan kerusi panas ketua jurulatih mungkin boleh terjejas, dengan beberapa nama besar yang sedang dalam fasa berehat seperti Mouricio Pocchettino hanya menunggu masa untuk kembali aktif.