Kecederaan yang dialami oleh Mohamed Salah sehingga dikeluarkan pada minit ke-30 separuh masa pertama sudah mengambarkan bahawa musnahlah harapan Liverpool untuk menjulang Liga Juara-Juara (UCL) keenam kerana pengaruh Salah dalam pasukan begitu besar sekali.
Kegelisahan itu terpancar diwajah penyokong-penyokong mereka kerana bagi mereka Salah penentu segala-galanya.
Ketiadaan Salah itu memberi kelebihan kepada Real Madrid mendominasi permainan. Penguasaan komposisi permainan yang begitu tinggi sehingga menunjukan jurang yang begitu besar 66 peratus itu mengambarkan bahawa Liverpool terpaksa bermain secara bertahan apabila Real Madrid berjaya mengekalkan falsafah permainan.
Bermain dengan formasi 4-3-3 ia sudah menunjukan Real Madrid bermain secara menyerang dengan mengunakan semua posisi bergerak secara berpasukan untuk melakukan serangan sebagaimana kita boleh lihat peranan Daniel Carvajal dan Marcello, pertahanan di sebelah kanan dan kiri Real Madrid. Kedua-dua pemain ini menolak diri sehingga ke kawasan menyerang untuk membantu serangan dan melakukan hantaran-hantaran lintang.
Kita juga dapat melihat bagaimana pemain tengah Real Madrid seperti Modric, Casemiro dan Toni Kross yang sentiasa bertukar-tukar posisi ke kiri dan kanan serta ke hadapan untuk mengelirukan pertahanan Liverpool.
Sementara itu, bahagian serangan yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo dan Karem Benzema serta disokong Isco, tiga serangkai pemain hadapan Real Madrid ini sudah cukup untuk memberi tekanan kepada benteng pertahanan Liverpool yang dipimpin oleh Virgil Van Dijk.
Yang menariknya, apabila Real Madrid hilang bola, ketiga-tiga pemain hadapan Real Madrid itu memberi tekanan awal untuk tidak membiarkan Liverpool bermain dengan falsafah mereka dan akhirnya pada minit ke-51, Karem Benzema, memperolehi gol pertama Real Madrid setelah berjaya menampan lontaran yang dilakukan penjaga gol Liverpool, Loris Karius.
Itulah falsafah yang diterapkan Zanidane Zidane kepada Real Madrid apabila hilang bola sahaja semua pemain akan terus memberi tekanan kepada lawan terutama kepada pemain berhampiran pemain lawan yang memiliki bola. Sekiranya mempunyai bola pemain-pemain yang tidak memiliki bola akan sentiasa bergerak pantas untuk membuka ruang dan memudahkan rakan yang memiliki bola boleh melakukan hantaran sebagaimana yang kita dapat lihat kedua-dua gol yang dijaringkan Gareth Bale.
Pada jaringan pertama Bale yang berada di dalam kawasan penalti dengan bersahaja menyambut hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Liverpool oleh Marcelo dengan sepakan gunting yang tidak diduga oleh semua pemain pertahanan dan penjaga Liverpool, apatah lagi penonton.
Tetapi, yang menariknya adalah bagaimana Bale mencipta ruang untuk dia bertindak di mana dia berlari ke hadapan dan meninggalkan ruang kosong dibelakangnya dan apabila melihat hantaran Marcelo dibelakangnya. Bale sempat berpatah balik dan melakukan tindakan pantas dengan keputusan tepat sama juga dengan jaringan kedua Bale apabila mengunakan ruang kosong dihadapannya untuk melepaskan rembatan jarak jauh.
Itu semua daripada kerjasama dan pergerakan rakan sepasukan yang sentiasa bergerak.
Itulah kelebihan bermain secara intensiti tinggi yang dipamerkan oleh Real Madrid dengan percaturan yang bijak daripada pengendali Real Madrid, Zidane, dan akhirnya Real Madrid muncul juara UCL buat tahun ketiga berturut-turut di bawah kendalian Zidane.