ADUAN bertulis kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), kisah bilik seorang penerjun senior diceroboh, cerita pemenang pingat Sukan Olimpik ditampar dan seorang penerjun yang pening tetapi bertanding di Sukan SEA 2017, dakwaan kes rogol membabitkan seorang penerjun berpotensi disulami kes doping dan disudahi dengan ketua jurulatih terjun, Yang Zhuliang, ditunjuk jalan pulang.
Zhuliang, jurulatih yang merencanakan kecemerlangan anak didiknya sehingga Malaysia disegani di pentas dunia, bakal mengemas beg dan pulang bagi menjaga ibu bapanya di China.
Kontraknya yang tamat hujung tahun ini tidak dilanjutkan.
Hadir sebagai sebahagian daripada kelompok jurulatih untuk program Gemilang 2001 Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur tahun itu (kontinjen terjun menyapu bersih lapan emas waktu itu), Zhuliang berhijrah ke Australia pada 2005 selepas ditawarkan taraf penduduk tetap, sebelum dilamar kembali ke ibu negara – berita ini penulis dedahkan secara eksklusif untuk The Malay Mail pada 2007.
Apabila Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Azim Zabidi, dipetik sebagai berkata kaedah latihan Zhuliang lapuk untuk menceritakan sebab musabab jurulatih itu tidak dilanjutkan kontrak, sudah tentu ia menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi negatif.
Mustahil bagi seorang jurulatih yang melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik dan juara dunia FINA tidak menerapkan unsur sains sukan dalam sistem latihannya.
Bahkan dalam program Podium kendalian ISN, atlet terjun diberi bantuan menyeluruh dari segi sokongan sains sukan, termasuk pakar psikologi, fisiologi dan biomekanik, analisis prestasi, pemakanan dan latihan kekuatan serta suaian fizikal dan bebanan yang spesifik.
Sejak 2001, antara buah tangan Zhuliang ialah pingat gangsa Yeoh Ken Nee-Rossharisham Roslan dan Farah Begum Abdullah-Leong Mun Yee di Sukan Asia Busan 2002 dan kejayaan Bryan Nickson Lomas muncul juara remaja dunia dalam acara 3m papan anjal di Belem, Brazil pada 2004 selain mengesahkan kemaraan Bryan, Mun Yee dan Gracie Junita Terry Pega ke Sukan Olimpik di Athens.
Ini belum penulis cerita pencapaian Pandelela Rinong mengutip gangsa 10m platform individu di Sukan Olimpik London 2012, disusuli pingat perak Pandelela-Cheong Jun Hoong dalam 10m platform seirama di Rio de Janeiro 2016 serta kemenangan Jun Hoong acara 10m platform individu di Kejohanan Dunia di Budapest, Julai lalu.
Zhuliang turut membawa bekas juara dunia Huang Qiang sebagai jurulatih dan di bawah pengawasannya, Loh Zhiayi meraih dua pingat di Sukan Olimpik Remaja pada Ogos 2014, perak dalam acara 10 meter platform disusuli gangsa 3m papan anjal dua hari kemudian.
Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Jun Hoong, Kam Ling Kar, Adeline Chin, Jasmine Lai dan Traisy Vivien Tukiet, Kimberly Bong dan kini Jellson Jabilin, Gabriel Gilbert Daim dan Hanis Nazirul Jaya Surya antara yang mendapat sentuhan Zhuliang, dibantu Zhang Yukun dan Huang Qiang.
Namun kegagalan Zhuliang menangani kes dakwaan cabul, ketidak puasan hati atlet yang dilayan dengan kasar serta pelbagai aduan kurang enak membabitkan seorang jurulatih, membawa kepada penutup suram dalam pengembaraan bersejarah jurulatih berusia 53 tahun itu
Ternyata kata-kata yang mendakwa kaedah latihan Zhuliang lapuk adalah satu tirai asap dalam menjelaskan keadaan sebenarnya.
Adalah jauh lebih wajar jika ISN dan Podium mengeluarkan kenyataan bahawa Zhuliang tidak lagi boleh mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk atlet mempamerkan prestasi optimum.
Pada masa yang sama, ISN harus berwaspada dengan spekulasi yang dikaitkan dengan jurulatih muda dari Australia, Christian Brooker. Laporan akhbar mendakwa bapanya yang juga hakim antarabangsa untuk terjun, Eric, rapat dengan orang kuat Podium.
Begitu juga dengan urusetia Podium yang diketuai Tim Newenham. Mereka tidak boleh diberi lesen besar dan hanya menjawab kepada Menteri Belia dan Sukan yang terbeban dengan pelbagai masalah lain.
Setiap pelantikan dan pemecatan harus melalui proses yang telus dan dibincang secara terbuka oleh pengurusan tertinggi Command and Control kerana golongan yang dikatakan pakar ini dibayar dengan menggunakan duit pembayar cukai individu dan syarikat.
Namun bagi bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad, yang bertanggungjawab memperkasa program terjun dengan bantuan sektor korporat sebagai persiapan Sukan Komanwel 1998, berfikir dari sudut strategik.
“Jika mana-mana pihak mahu mengelak sebarang masalah berhubung cara Zhuliang menangani isu pihak ketiga dengan atlet, mungkin dia boleh diletakkan menjaga penerjun lelaki, manakala jurulatih baharu dipertanggungjawab menjaga atlet wanita.
“Jika Zhuliang tidak dapat menaikkan prestasi atlet lelaki yang jumlahnya kurang daripada atlet wanita, sudah ada isyarat bahawa kontraknya perlu dikaji semula. Jurulatih baharu itu pula nanti boleh mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih.
“Soalnya sepatutnya perancangan membawa masuk jurulatih baharu dibuat ketika Zhuliang masih berada dalam sistem agar berlaku transisi yang lancar. Soal kedua adalah kenapa nama jurulatih Australia yang dipertimbang, sedangkan China adalah kuasa unggul sukan terjun?
“Podium mengambil risiko besar jika mengambil jurulatih dari Australia. Pada masa yang sama apabila MSN mengeluarkan kenyataan bahawa Zhuliang dipindahkan ke program pembangunan menggambarkan bahawa ada dua pendapat berbeza mengenai keberkesanan Zhuliang. Podium di bawah ISN tidak mengenali dengan intim Zhuliang, manakala MSN lebih mengenalinya kerana MSN yang membawa dia masuk, sebelum program Podium diperkenalkan,” kata Mazlan.
Rupa-rupanya di sebalik kemanisan yang dihasilkan skuad terjun negara, tersembunyi kepahitan bak hempedu.
Jelas sekali manis jangan disangka gula, pahit usah disangka hempedu.
Bagi Asum, mereka tidak boleh menyapu masalah dan isu di bawah permaidani. Debu yang bertebaran tidak baik untuk kesihatan sukan akuatik.
Ini belum lagi penulis sentuh mengenai debu-debu di bawah karpet bola sepak, badminton, sepak takraw, hoki dan olahraga.