Merujuk kepada Artikel Wartawan Nadi Arena Adam Zamri bertajuk "Arsenal masih relevan, London adalah merah".
Izinkan saya dalam mewakili individu yang disebut saudara Adam Zamri dalam penulisan dia menawarkan perspektif daripada pihak kami,setidaknya saya.
Advertisement
Apa yang ditulis oleh Adam Zamri akan berada dalam format "Italic"
Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala FA di antara Arsenal dan Chelsea, suasana di bilik berita Astro Arena bingit seketika membincangkan perkara ini.
Penulis diajukan pelbagai soalan mengenai kemampuan Arsenal dan hampir kesemua wartawan bertugas ketika itu, antaranya Ahmed Shahrazad Sani, Syamil Izwan Azizan, Fadzrie Hadzis serta barisan penolong penerbit dan penerbit mengatakan malam ini (semalam) bakal menjadi milik The Blues.
Baiklah situasi ini tercetus susulan sesi sembang kosong antara kami semua di bilik berita Nadi Arena namun bertukar hangat apabila Adam Zamri secara mengejut menyifatkan pemindahan Robin Van Persie dari Arsenal ke Manchester United adalah sebagai satu pengkhianatan.
Daripada sudut sentimen seorang penyokong tegar mana-mana pasukan sekalipuan ya saya akur pedih melihat seorang bintang berhijrah ke pasukan lawan yang lebih berprestij.
Tetapi perlu diakui Van Persie berpindah untuk merealisasikan satu impian, Impian yang berupaya diterjemahkan bersama Manchester United pada musim 2012/2013 di mana The Flying Dutchman turut muncul sebagai penjaring terbanyak.
Sebagai penyokong United,saya juga sedih melihat pemergian Cristiano Ronaldo tetapi selepas sumbangan dia kepada Red Devils takkan mungkin saya berupaya menyimpan dendam terhadap perpindahan dia ke Real Madrid.
Adakah ini bermakan Real kelab lebih besar berbanding United,berdasarkan rekod di Eropah,Ya sudah pasti,dan Ronaldo menikmati pelbagai kejayaan bersama Los Blancos.
Penulis hanya senyum tipis mengetahui Arsenal, final Piala FA bukanlah sesuatu yang asing. Tidak dinafikan musim ini Arsenal gagal mengakhiri kedudukan empat terbaik seperti kebiasaannya, tidak cukup dengan itu, Skuad The Gunners terpaksa menelan perit bermain dalam Liga Europa (kelas dua) setelah sekian lama beraksi dalam Liga Juara-Juara.
Atas dasar perenggan di atas,kami ajukan persoalan kepada Adam,sepanjang musim Liga Perdana Inggeris,siapa yang lebih baik bukan sahaja di London,tetapi di England.
Jawapannya sudah pasti,walaupun pedih untuk diakui adalah Chelsea yang muncul juara. Justeru pemilihan ramai pihak untuk memenangi Piala FA adalah Chelsea.
Tetapi itulah indahnya Bola Sepak,sukar diramal,Tahniah Arsenal.
Penulis enggan mengulas panjang tentang gol-gol yang dijaringkan, cuma mahu menarik perhatian pembaca mengenai beberapa trivia tentang kejayaan Arsenal merangkul Piala FA kali ini.
"Kenapa bro,Ofsaid Ke Gol Sanchez"............insert (Senyum Sinis)
Di sebalik prestasi yang terumbang-ambing dan sering diejek tempat keempat liga milik Arsenal (Cuma bukan musim ini), skuad The Gunners melakar satu rekod menjulang kejuaraan Piala FA untuk kali ke-13, satu rekod yang tidak pernah dilakar oleh mana-mana pasukan lain.
"Saya setuju,Piala FA Inggeris,Arsenal terhebat sepanjang zaman"
Cuma satu sahaja fakta yang masih membuatkan penulis dalam dilemma, kejayaan ini juga bermakna Arsene Wenger menambah satu lagi rekod cemerlang dalam kariernya, menjulang tujuh kejuaraan Piala FA sepanjang membimbing The Gunners -- satu rekod yang tidak pernah dilakar dalam sejarah liga bola sepak Inggeris.
Selepas kehilangan khidmat Sir Alex Feguson,Man United masih merasai kehilangan seorang Legenda dan proses pemulihan berterusan di bawah Jose Mourinho yang menamatkan saingan dengan tiga kejuaraan kalau mengambil kira Perisai Komuniti.
Perginya Wenger mungkin bawa perubahan yang diperlukan atau sebaliknya,dilema atau tidak,tepuk dada,tanya selera.
Adakah Wenger masih relevan dan akan diberikan kepercayaan mengemudi pasukan ini? Penulis juga kurang pasti, namun apa yang jelas London masih merah dan Arsenal masih mampu tamatkan musim ini dengan satu trofi.
Arsenal tamatkan musim dengan satu trofi,Sama ada london Merah.Biru atau Putih,Ada satu hakikat yang perlu diutamakan.
Chelsea sah beraksi di Liga Juara-Juara Eropah,begitu juga Spurs,tidak ketinggalan United,kalangan elit Eropah bukan lagi pentas Arsenal.
Selamat Maju Jaya The Gunners,dan Arsene kalau anda masih di Emirates musim depan.
Assalamualaikum
Salam Ramadhan
Shahrazad Sani