Meneruskan tradisi setiap tahun, pasca Wrestlemania pasti menyaksikan rombakan besar-besaran terhadap bintang-bintang WWE di mana beberapa nama dipindahkan ke jenama baharu bagi menyegarkan semula lanskap untuk tahun seterusnya.
Di acara Raw dan Smackdown Live minggu ini, para WWE Universe pastinya teruja apabila bintang-bintang kegemaran mereka kini berada di jenama yang mereka ikuti. Sudah pasti ia akan menyajikan beberapa konfrontasi baharu dan perlawanan yang diimpikan selama ini bakal menjadi kenyataan.
Bagi jenama Raw, penyertaan bintang utama Smackdown yang juga bekas Juara WWE sebanyak 2 kali, AJ Styles mengejutkan banyak pihak. Sejak berlakunya pemecahan jenama Raw dan Smackdown pada tahun 2016, AJ telah mencipta banyak kegemilangan dan sekaligus membantu menaikkan nama Smackdown di kelasnya yang tersendiri, seterusnya menafikan label sesetengah pihak yang jenama tersebut sebagai kelas kedua.
Penyertaan AJ selaku bintang utama seakan membayangkan bintang berusia 41 tahun ini akan terlibat dalam perebutan Kejuaraan Universal WWE pula selepas ini yang kini disandang Seth Rollins. Jika ia menjadi kenyataan, kita akan menyaksikan sebuah pertembungan epik melibatkan dua bintang bersaiz sederhana bagi merebut hadiah utama Raw itu yang selama ini didominasi oleh bintang gergasi seperti Brock Lesnar, Roman Reigns dan Goldberg.
Perpindahan AJ ke Raw pula mendapat gantian setara yang melegakan peminat di jenama biru Smackdown. Roman Reigns yang selama ini menjadi ayam tambatan di Raw kini akan meluaskan lagi empayarnya di Smackdown. Tidak mustahil, Kejuaraan WWE yang pernah disandangnya pada tahun 2015, akan kembali digapainya tidak lama lagi.
Penyertaan Roman ke Smackdown juga akan menambah elemen bintang di jenama tersebut. Sementelah Smackdown kini dipenuhi bintang-bintang mid card dan tidak mempunyai seorang bintang yang benar-benar mampu untuk menjadi tunggak dan pemegang bendera di situ.
Selain AJ Styles, beberapa nama lain turut membuat kemunculan di acara Raw pada Selasa lalu menandakan penyertaan mereka ke jenama tersebut. The Miz, Andrade, Rey Mysterio, anak kembar Rikishi Jimmy dan Jey Uso, dan Eric Young kini sah menjadi milik Raw. Bintang wanita Zelina Vega dan Naomi juga kini berada di jenama utama WWE tersebut.
Bagi Smackdown Live pula, mengiringi Roman Reigns adalah Juara Antara Benua Finn Balor, Elias, Chad Gable dan Apollo Crews. Bintang wanita yang menemani mereka pula adalah Bailey, Ember Moon, Liv Morgan dan Mickie James.

Bukan sekadar perpindahan antara Raw dan Smackdown, bintang-bintang muda dari NXT dan 205 Live juga kini dinaiktaraf ke roster utama. Raw menyaksian penyertaan Ricochet, Aleister Black, Erik & Ivar dari Viking Experience (sebelum ini dikenali sebagai War Raiders), EC3, Lacey Evans dan Cedric Alexander dari 205 Live.
Bintang NXT ke Smackdown pula adalah bintang gergasi Lars Sullivan, Otis & Tucker dari Heavy Machinery, Kairi Sane dan bekas Juara Cruiserweight WWE, Buddy Murphy.
Becky Lynch pula walaupun kini bergelar Juara Wanita Berganda Raw dan Smackdown masih kekal sebagai ahli roster di Smackdown. Namun sebagai pemegang kejuaraan untuk kedua-dua jenama, The Man akan tetap muncul di mana-mana yang diperlukan sehingga bintang wanita Raw berjaya merampas kejuaraan wanita Raw kembali menjadi hak mutlak di sana.
Susulan Kejuaraan Antara Benua dibawa Finn Balor ke Smackdown, Juara Amerika Syarikat Samoa Joe juga dijadualkan akan kembali semula ke Raw untuk mempertandingkan kejuaraan tersebut. Joe tidak muncul pada minggu ini atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Beberapa ahli kumpulan yang kini dipisahkan seperti Bayley & Sasha Banks, bintang genit Liv Morgan dengan Riott Squad dan Eric Young daripada Sanity juga dilihat mampu menonjolkan lagi bakat perseorangan bintang-bintang ini. Ia mampu membawa mereka keluar daripada kepompong berpasukan selama ini dan tidak mustahil, mereka mampu bergelar bintang solo yang lebih terampil susulan rombakan ini.
Semoga Superstars Shake-Up ini mampu memberikan nilai tambah dan produk yang lebih baik buat seluruh WWE Universe dan peminat gusti profesional secara amnya.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Money In The Bank pada 20 Mei depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.