Setelah beberapa bulan bermaharajalela dan menguasai Kejuaraan Universal WWE, kini Bray Wyatt dalam alter egonya The Fiend wajar berasa gusar kerana bakal menerima cabaran daripada jaguh lagenda Goldberg yang pastinya bukan mudah untuk ditundukkan.
Sekali lagi, bumi Arab Saudi pada minggu ini akan menjadi saksi pertembungan dua bintang ini buat pertama kalinya, dengan Kejuaraan Universal menjadi taruhan. Ironinya, kejuaraan ini dirampas oleh The Fiend daripada Seth Rollins di acara WWE Crown Jewel pada Oktober lalu juga di Arab Saudi. Bakal disaksikan oleh WWE Universe di negara gurun tersebut, mungkinkah kejuaraan akan bertukar tangan sekali lagi?
Setelah berjaya mempertahankan kejuaraannya di acara WWE Royal Rumble tahun ini dengan mengenepikan cabaran daripada Daniel Bryan, The Fiend dilihat begitu berkuasa dalam mendominasi takhta di Smackdown. Walaupun Bray Wyatt kelihatan begitu riang ria dengan Firefly Fun House-nya, namun topeng The Fiend yang dipakainya seakan memberinya kuasa sakti apabila segala yang dilakukan pihak lawan ke atas dirinya tidak mampu mendatangkan sebarang kesan ke atasnya.
Lihat sahaja sejarah pertembungannya dengan Seth Rollins dalam perlawanan Sangkar Neraka di acara WWE Hell In A Cell tahun lalu. Pelbagai senjata dan objek asing digunakan Rollins untuk menumbangkan The Fiend.
Sehingga satu tahap, pengadil perlawanan terpaksa menghentikan perlawanan kerana menyangka The Fiend telah cedera dan tidak mampu menyambung perlawanan. Rupanya ia sekadar muslihat oleh syaitan bertopeng itu dan ternyata Rollins terperangkap dalam helah penuh tipu dayanya.

Sejak muncul dengan topeng berpuaka tersebut, beberapa bintang termasuk bintang lagenda telah menjadi mangsanya. Kurt Angle, Mick Foley, Kane, Jerry “The King” Lawler termasuk bintang era ini seperti Rollins, The Miz dan Daniel Bryan, semua telah merasa azabnya menerima serangan kunci rahang atau Mandible Claw daripadanya. Hendak melawan kembali, makhluk ini bijak mengelak dengan menghilangkan diri sekelip mata sebelum sempat diapa-apakan oleh pihak yang mendendaminya.
Kini barangkali tiba masanya buku bertemu dengan ruas. Bill Goldberg, jaguh Hall Of Fame berusia 53 tahun ini sanggup keluar daripada persaraannya untuk mendepani dan mengajar The Fiend erti adab. Dengan fizikal yang masih mantap walaupun telah berusia, Fiend tidak boleh memandang enteng cabaran daripada bekas Juara Dunia berganda itu.
Dengan rekod kemenangan sebanyak 173-0 ketika permulaan karienya di WCW (World Championship Wrestling) pada tahun 1997 hingga lewat 1998 dulu, nama Goldberg mengundang rasa gerun kepada lawan dan tabik hormat daripada kawan. Bergelar Juara Dunia dalam tempoh yang singkat dengan menumbangkan jaguh otai Hulk Hogan, seterusnya bergelar Juara Triple Crown di WCW, Goldberg dianggap sebagai satu sosok yang bukan mudah untuk ditundukkan.
Sepanjang perjalanan kariernya, hanya tujuh individu yang pernah mencipta rekod menumbangkan jaguh kelahiran Atlanta, Georgia ini. Berikut merupakan butirannya:
1. Kevin Nash melebur rekod tanpa kalahnya di acara WCW Starrcade 1998 dengan bantuan Scott Hall yang merenjatnya dengan cota elektrik.

2. Bret “Hitman” Hart di acara WCW Starrcade 1999. Namun harga yang mahal terpaksa dibayar oleh Bret apabila menerima tendangan padu di kepala menyebabkan beliau mengalami gegaran otak seterusnya terpaksa bersara terus daripada bergusti selepas itu.
3. Booker T di acara WCW Monday Nitro pada 24 Julai 2000 hasil campur tangan pihak luar iaitu abangnya Stevie Ray, Earnest “The Cat” Miller dan Jeff Jarrett.
4. Scott Steiner di acara WCW Fall Brawl 2000, juga hasil bantuan pihak ketiga iaitu Vince Russo.
5. Triple H dalam perlawanan Elimination Chamber di acara WWE Summerslam 2003. Pembantunya, tukul besi yang dihentak di atas kepala licin Goldberg.
6. Brock Lesnar di acara WWE Wrestlemania 33. Begitupun, Lesnar terpaksa menggunakan 10 gerakan German Suplex bagi menundukkan Goldberg.
7. Undertaker berjaya menjinakkan Goldberg di acara WWE Super ShowDown tahun lepas. Namun pertemuan antara kedua bintang lagenda ini menerima kritikan hebat kerana beberapa aksi yang ditampilkan agar kurang rencah untuk menjadikan ia sebuah perlawanan yang klasik.

Dengan rekod yang disenaraikan ini, bukan mudah untuk bintang hijau seperti The Fiend untuk membenam bintang lagenda suka ramai ini. Fiend pastinya telah memasang strategi dan helah yang tuntas bagi memastikan kejuaraan akan kekal miliknya dan mengelak daripada dimalukan oleh seorang bintang veteran seperti Goldberg.
Pastinya, perlawanan ini bakal menjadi tarikan utama di acara WWE Super ShowDown. Namun terdapat beberapa lagi perlawanan menarik yang rugi untuk dilepaskan:
1. Ricochet mencabar Brock Lesnar untuk Kejuaraan WWE
2. Juara Beregu Smackdown The New Day bertemu The Miz & John Morrison bagi merebut Kejuaraan Beregu Smackdown
3. Roman Reigns menentang King Corbin untuk sengketa terakhir mereka dalam perlawanan Sangkar Besi
4. Perlawanan berangkai bagi merebut Trofi Tuwaiq melibatkan Rusev, R-Truth, AJ Styles, Juara Amerika Syarikat Andrade, Erick Rowan dan Bobby Lashley
5. Juara Beregu Raw Seth Rollins & Murphy menerima cabaran daripada The Street Profits bagi Kejuaraan Beregu Raw
6. Juara Wanita Smackdown Bayley bertemu Naomi bagi Kejuaraan Wanita Smackdown

(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Super Showdown pada 28 Februari ini dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.