Skip to main content

Rencana

Woods bantu peminat menang ASD1.2 juta

190416-tiger-woods-celebration.jpg
Tiger Woods pemain golf terulung mengejutkan dunia setelah menjulang kejuaraan Masters baru-baru ini.

Di Augustalah 22 tahun lalu, Tiger mencapai kejuaraan Masters pertamanya dan dia terpaksa menunggu 11 tahun untuk sekali lagi capai kejuaraan utama. 

Perjalanan yang berliku buat Tiger yang melalui masalah peribadi, profesional serta kecederaan namun bangkit semula, membuatkan para peminatnya terus kagum dan bertambah di serata dunia. 

Seorang peminat tegar bekas pemain nombor 1 dunia itu, James Adducci membuat taruhan dan mengambil risiko meletak kesemua simpanannya bahawa Tiger Woods akan menjuarai Masters ke 5nya. 

Kemenangan Tiger membuat James peminat yang paling bernasib baik untuk membawa pulang $1.2 juta dolar Amerika.

Pakar ekonomi menyatakan kejuaraan selebriti sukan terkemuka dunia itu juga memberi kesan limpah kepada saham sesetengah syarikat sukan terutamanya penaja Tiger, Nike termasuklah stesen televisyen.

Ramai penganalisis sukan menyatakan "Tiger is Back", ini bermakna "Golf is back". 

Ketika Tiger melalui tahun-tahun terburuknya bermula 2009 kerana masalah peribadi terlibat dalam perhubungan luar perkahwinan yang menyebabkan beberapa penaja utama menarik diri serta kurangnya penglibatan Tiger di kejohanan menyebabkan industri golf di serata dunia merosot. 

Tarikan luar biasa Tiger sememangnya tidak dapat disangkalkan termasuklah skil, personaliti dan auranya. 

Persoalannya siapa Tiger Woods tanpa golf? 

Atau, di mana golf tanpa Tiger Woods? 

Tiger Woods 'Greatest of All Time (GOAT)' diramalkan akan terus mengegarkan dunia golf, dan komuniti sukan golf pasti tersenyum. 

Advertisement

Must Watch Video