Skip to main content

Rencana

Welson rindukan Birmingham

welson_1.jpg
Perenang negara, Welson Sim terasa janggal pada awalnya apabila berlatih tanpa seorang ketua jurulatih yang sentiasa ada di kolam renang bersamanya.

Selepas Paul Birmingham melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih, skuad renang negara kini berlatih menerusi program sendiri. 

Mereka masih menanti siapakah yang bakal membimbing menggantikan posisi Birmingham sebaik sahaja berakhir Sukan Asia Indonesia tempoh hari. 

Setakat ini, Kesatuan Renang Amatur Malaysia, ASUM sudah mengesahkan telah menerima sebanyak 26 permohonan menjadi ketua jurulatih termasuklah dari Amerika Syarikat dan Australia. 

Welson membayangkan ketua jurulatih baharu mungkin dari Australia juga tetapi semuanya bergantung kepada ASUM untuk membuat keputusan. 

Ini bermakna, tiada ketua jurulatih tempatan yang akan mengambil alih tugas berkenaan dan Welson sendiri berpendapat skuad renang negara lebih selesa apabila mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih luar negara. 

Berbeza untuk Welson ketika ini apabila melakukan persediaan untuk ke Kejohanan Universiti ASEAN, AUG pada Disember depan tanpa bimbingan ketua jurulatih apatah lagi ini merupakan penampilan pertamanya. 

Ini kerana, dia percaya pengambilan jurulatih dari luar negara akan memakan tempoh masa beberapa bulan, selewat-lewatnya awal tahun hadapan. 

Namun, Welson menyifatkan situasi ini menjadikan dirinya lebih matang untuk mengendalikan rangka latihan secara sendiri dan sesekali dibantu oleh penolong jurulatih, Jeffrey Ho Chiang Liang. 

Apa yang pasti, Welson bersama rakan sepasukan lain teruja menanti ketibaan jurulatih yang bakal diputuskan kelak sambil berharap perwatakan dan ciri-ciri yang sama sepertimana Birmingham ada dalam diri ketua jurulatih baharu itu nanti. 

Advertisement

Must Watch Video