Skip to main content

Rencana

Wei!! No. 1 Wei!!

lee-chong-wei-ketuai-skuad-negara-di-piala-thomas.jpg
Datuk Lee Chong Wei kembali sebagai pemain nombor 1 dunia.

Setelah rankingnya jatuh ke tangga 182 kerana penggantungan 8 bulan pada tahun 2014 daripada isu doping, pahlawan sukan negara ini tidak pernah sesekali mempersoalkan keupayaannya untuk merampas takhta teratas sukan badminton suatu hari nanti.

Penantian itu berakhir setelah bekerja-keras lebih daripada sejam sebelum menundukkan Jan O Jorgensen dari Denmark dan sekaligus menjuarai Terbuka Indonesia buat kali ke-6.

Chong Wei kelihatan beremosi apabila namanya diumumkan sebagai juara dan menerima hadiah kemenangan RM276,000. Perasaan sebak bukan kerana wang ringgit, tetapi perjalanan yang berliku untuk kembali menjadi yang terbaik di dunia.

Kekecewaan, tangisan, kemarahan dan kesakitan pemain kelahiran Pulau Pinang ini sukar difahami oleh para peminat.

Namun saya percaya, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 ini tidak mengharapkan para peminat memahami dirinya. 

Ini kerana hanya Lee Chong Wei memahami siapa diri sebenar Lee Chong Wei.

Juara 3 kali All England dan pernah berada di kedudukan teratas dunia selama 199 minggu berturut-turut  pada Ogos 2008  hingga Jun 2012, hanya memerlukan sokongan padu rakyat Malaysia.

Lebih-lebih lagi dalam misi membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Brazil pada Ogos nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video