Skip to main content

Rencana

Wanita penjaring terbanyak Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marta.jpg
17 gol dalam Piala Dunia meletakkan penyerang sensasi wanita bola sepak Brazil, Marta, sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dalam kategori lelaki atau wanita. 

Pemain 33 tahun dari State of Alagoas itu memecah rekod 16 jaringan gol bekas pemain sensasi Jerman, Miroslav Klose, apabila menjaringkan gol ke 17nya di Piala Dunia Wanita 2019, Perancis juga membantu skuad Samba menewaskan Itali 1-0 untuk layak ke pusingan 16 terbaik. 

Enam kali dinobatkan sebagai pemain terbaik wanita dunia, Marta mempunyai skil luar biasa serta kekuatan fizikal yang meletakkannya setaraf dengan ikon bola sepak Brazil yang lain seperti Pele, Ronaldo dan Neymar. 

Marta merupakan nadi kelab Orlando Pirate di Liga Bola Sepak Amerika Syarikat telah bermain lebih kurang 130 perlawanan dan menjaringkan 120 gol untuk pasukan wanita Brazil. 

Terkenal dengan skil mengelecek di dalam padang, Marta dipilih sebagai Duta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), juga menghadiahkan 2 pingat perak di Sukan Olimpik 2004 dan 2008. 

Sejak Piala Dunia Wanita diperkenalkan pada 1991, pencapaian terbaik Brazil adalah naib juara kepada Jerman pada edisi 2007 di China. 

Piala Dunia 2019 di Perancis masih rancak berlangsung dan Marta serta rakan sepasukannya tekad memberi Brazil kejuaraaan dunia pertama mereka. 

Advertisement

Must Watch Video