Nama Wan Kuzain Wan Kamal pernah menjadi bualan ketika tahun 2014 apabila video anak muda ini mempamerkan skil gelecekan menarik tersebar di internet.
Namakan saja, Hocus Pocus, Sidebreaker, Zeinastico, Kuzain pasti dapat menewaskan lawannnya menggunakan skil-skil ini dengan penuh keyakinan.
Advertisement
Ketika itu, Wan Kuzain hanya berumur 15 tahun dan sedang bermain di bawah Akademi Bola Sepak St Louis Scott Gallagher (SLSG).
Kini dia berumur 18 tahun dan sedang meniti karier bola sepak di Amerika Syarikat (AS), apabila ditawarkan kontrak untuk bersama Swope Park Rangers, sebuah kelab di United Soccer League (USL - kelab divisyen tiga AS) bersama beberapa rakan sepasukan dari akademi lama, antaranya Christian Albelo, Felipe Hernandez, Patrick Wilkinson.
Sekali imbas, pemain muda itu pasti menjadi nilai tambah yang sesuai kepada pasukan Malaysia, apatah lagi Wan Kuzain, seorang pemain kidal yang selesa bermain di posisi sayap.
Namun persoalannya, adakah dia perlu kembali bersama skuad Malaysia atau terus berada di Amerika Syarikat?
Kuzain pernah menjalani latihan bersama skuad bawah 17 tahun AS. Namun menurut undang undang FIFA bab kelayakan mewakili sesebuah pasukan, artikel 17.
Any Player who ... [assumes] a new nationality and who has not played international football [in a match ... in an official competition of any category or any type of football for one Association] shall be eligible to play for the new representative team only if he fulfills one of the following conditions:
(a) He was born on the territory of the relevant Association;
(b) His biological mother or biological father was born on the territory of the relevant Association;
(c) His grandmother or grandfather was born on the territory of the relevant Association;
(d) He has lived continuously for at least five years after reaching the age of 18 on the territory of the relevant Association.
Kuzain lahir di Carbondale, Illinios, dan keluarganya sudah pun menetap di AS selama 25 tahun. Namun Kuzain masih berpeluang untuk wakili Malaysia, kerana ibu bapanya mempunyai darah kelahiran Malaysia yang menepati kriteria (b) & (c).
Berdasarkan laporan akhbar dan temubual beberapa orang lama dalam arena bola sepak tempatan, ada yang mahu Kuzain meneruskan kariernya di Amerika Syarikat, dan hanya pulang ke pangkuan Malaysia bila khidmatnya diperlukan. Namun jika dia kembali membantu Malaysia, tahap tertinggi yang dia boleh kecapi pun adalah Piala Suzuki AFF dan Sukan SEA.
Di satu pihak, ada yang mahu dia kekal di sana selama-lamanya. Rasionalnya adalah setidak-tidaknya Malaysia mempunyai ikon yang boleh dibanggakan kerana mempunyai karier yang gemilang di luar negara, dan jika Kuzain beraksi konsisten, tidak mustahil dia tersenarai dalam skuad Piala Dunia Amerika Syarikat kelak.
Meskipun Kuzain beraksi dalam liga divisyen tiga di AS, USL bukanlah satu saingan yang mudah. USL menampilkan 26 buah pasukan tempatan ditambah 3 lagi pasukan dari Kanada, saingan adalah lebih sengit dan kompetitif berbanding saingan Liga Super Malaysia yang hanya menampilkan 12 pasukan.
Di Liga Super Malaysia, sebuah pasukan akan mengharungi 22 perlawanan liga semusim (tidak termasuk Piala Malaysia dan Piala FA), namun di USL, sebuah pasukan akan mengharungi 30 perlawanan semusim.
Memetik kata-kata idola bola sepak Jepun, Tsubasa Ozora, "Bola sepak itu dimainkan dengan sebelas orang", mempunyai satu bintang tidak membolehkan pasukan itu untuk mencapai kemenangan mutlak!
Kredit gambar: soccerstl.net