Skip to main content

Rencana

Van Dijk vs Vidic

vidicalltheway.jpg
Sebagai penyokong tegar Manchester United, terluka melihat Liverpool memiliki kudrat seorang pertahanan berkaliber seperti Virgil Van Dijk.

Apatah lagi United memandang kepada pemain persis pelakon komedi seperti Phil Jones dan Chris Smalling sebagai tonggak pertahanan, melucukan.

Tetapi sebarang kekaguman ke atas Van Dijk itu pudar apabila dia mula diangkat sebagai pertahanan terbaik pernah disaksikan Liga Perdana Inggeris, ini lebih melucukan.

Tolonglah, ada lebih kurang lima nama lain yang layak diangkat sebagai pertahanan terbaik sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris dengan dua daripada mereka beraksi buat United, Rio Ferdinand serta Nemanja Vidic.

Hujah kajian kes ini bersandarkan kepada statistik musim 2018/2019 milik Van Dijk dan 2008/2009 milik Vidic.

Musim 2018/2019 di mana Van Dijk masih belum lagi boleh bergelar Juara Liga Perdana Inggeris mahupun menjulang Trofi Liga Juara-Juara Eropah.

(Kalau dibuktikan silap maka, setinggi pujian buat Liverpool, Van Dijk dan penyokong The Reds, YNWA)

Atas dasar itu saya memilih Vidic musim 2008/2009 yang berpengaruh membantu United muncul juara liga dan eropah sebagai individu untuk  dibandingkan dengan Van Dijk.

Statistik rasmi ini saya petik daripada laman Liga Perdana Inggeris yang terbukti lebih berkredibiliti rujukannya berbanding entiti bola sepak tempatan kita Malaysia Football League MFL.



Lihat dan hadam betul-betul, statistik ini sahaja cukup untuk menceritakan betapa Vidic beraksi lebih baik berbanding Van Dijk dalam prestasi semusim terbaik.

Daripada sepuluh penanda aras yang penting Vidic mendominasi sembilan daripadanya untuk membuktikan mengapa dia diangkat sebagai antara yang terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Malah Van Dijk perlu cuba lagi pada musim akan datang bagi memadam rekod Bolos Jaringan dan "Clean Sheet" milik Vidic 2008/2009.

Realitinya Van Dijk adalah ANTARA yang terbaik tetapi bukan yang TERBAIK.

Akhir kata, izinkan saya untuk tawarkan pandangan peribadi bahawa keterujaan kadangkala boleh mengaburi kewarasan logik.

Advertisement

Must Watch Video