Skip to main content

Rencana

Usah layu sebelum berkembang

safawi-rasid.jpg
Kecoh di laman media sosial hari ini apabila pemilik kelab Johor Datul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 'naik angin' dengan seorang pemainnya yang sedang hangat bercinta hingga menjejaskan prestasi di atas padang.

Menerusi 'insta-story' TMJ, kemerosotan pemain itu disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak untuk berkahwin dengannya.

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular".

Malah, wanita berkenaan dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti pemain itu sebagai bintang bola sepak.

“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M?".

Tidak dinyatakan siapa individu terbabit, tapi ia tampak merujuk kepada Safawi Rasid apabila kekasihnya Syifa Melvin, yang juga pelakon, memberi kenyataan balas berhubung perkara berkenaan.

Safawi masih belum menyinar dalam tiga aksi awal musim ini termasuk satu aksi pembuka tirai Liga Malaysia menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia yang menyaksikan JDT berjaya memulakan kempen musim baru dengan rentak positif.

Pemain sayap Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik di atas padang.

Penulis berasakan teguran TMJ ada benarnya memandangkan Safawi adalah aset negara. Jangan disebabkan wanita, anda layu sebelum berkembang. Safawi masih muda dan mempunyai masa depan yang cukup cerah.

Buat masa ini, penulis berasakan adalah lebih baik Safawi memberi fokus untuk karier. Apapun, selamat maju jaya buat Safawi.

Advertisement

Must Watch Video