Pernah satu ketika Ole Gunnar Solskjaer dicemburui tapi harus tiada siapa yang mengingini tempatnya kini.
Mengambil alih selaku pengurus sementara selepas pemecatan Jose Mourinho, Disember lalu, jurulatih dari Norway itu memimpin Manchester United untuk satu rentetan 12 perlawanan tanpa kalah, termasuk menterbalikkan kedudukan bagi menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16, Liga Juara-Juara.
Ia seolah-olah mengembalikan The Red Devils kepada kegemilangan lama mereka, dengan Solskjaer mampu meniupkan semangat untuk pemain-pemainnya bermimpikan era Sir Alex Ferguson semula.
Dengan korus yang semakin lantang sesudah itu, termasuk daripada kalangan legenda United sendiri, Solskjaer disahkan dalam jawatannya selaku pengurus tetap pada 28 Mac lalu – anehnya tanpa perlu menunggu hingga akhir musim – dan serentak dengan itu juga, segala-galanya mula merudum.
The Red Devils tersingkir daripada UCL dan menyusuli satu lagi rentetan dengan hanya dua kemenangan daripada tujuh perlawanan liga, mereka tidak pun berupaya menamatkannya dalam kelompok empat pasukan teratas.
Dengan berbaki satu perlawanan, sejumlah hanya lapan mata yang diraih daripada tujuh perlawanan terakhir, bermakna mereka dalam tempoh itu tidak pun mampu mengatasi perolehan pasukan kerdil seperti Fulham yang akan kembali ke Liga Kejuaraan musim depan.
Seharusnya banyak perubahan yang akan dilakukan di bawah percaturan Solskjaer bagi musim depan, dengan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward, akan mengawasi ketat sebarang pembelian baru.
Perjalanan jauh dan berliku dalam pembinaan semula United untuk kembali ke saingan tertinggi Eropah akan bermula musim panas ini.
Di sebalik penyokong United harus tidak gemar mendengarnya, akhbar The Manchester Evening News dalam komentarnya mengingatkan situasi terkini The Red Devils sebenarnya tidak pun berbeza dengan ketika pasukan musuh ketat mereka, Liverpool, sedang bergelut sebelumnya.
Pada era sebelum pengenalan Liga Perdana Inggeris (EPL), ia adalah Liverpool yang menguasai singgahsana, dengan merajai kancah domestik dan Eropah.
Secara beransur-ansur, bagaimanapun, Liverpool secara konsisten membuat keputusan yang silap yang menyebabkan mereka tersembam menyembah bumi.
Namun, dengan kembalinya The Reds ke kelompok elit Eropah dengan kemaraan kedua berturut-turut ke final UCL – di sebalik ia mengambil masa lebih panjang daripada yang mereka hajati – The Manchester Evening News merumuskan United harus mampu belajar daripadanya
Peningkatan semula Liverpool sebagai sebuah kelab daripada Liga Europa untuk kini bersaing di kemuncak UCL adalah seiring dengan beberapa pembaharuan, khususnya dalam dasar merekrut pemain.
Sehingga pada penghujung era Brendan Rodgers selaku pengurus, The Reds jelas ketandusan identiti dengan mendatangkan pemain dengan corak permainan yang berlawanan, antaranya Mario Balotelli, Rickie Lambert, Christian Benteke dan Daniel Sturridge berebut tempat di barisan serangan.
Persamaannya boleh dilihat di United, dengan pasukan utamanya dibentuk untuk disesuaikan dengan keperluan berbeza gara-gara kerapnya bertukar pengurus yang falsafah permainan mereka tidak sama.
Jose Mourinho, Louis van Gaal dan David Moyes kesemuanya menampilkan identiti permainan berbeza, dengan Solskjaer sebenarnya mewarisi sebuah pasukan yang mempunyai adunan ketiga-tiga stail pengurus terdahulu – formula yang membawa kepada kegagalan terbaru mereka.

Natijah yang boleh diambil daripada peningkatan Liverpool kini – seperti diutarakan oleh The Manchester Evening News -- ialah menetapkan satu identiti yang khusus, membentuk seorang pengurus yang seiring dengan falsafah itu dan lebih penting, melabur bagi pemain-pemain yang menepati tuntutan berkenaan.
Solskjaer berada di landasan yang tepat dengan mengumumkan tiada lagi ruang dalam pasukannya buat pemain yang didorong oleh “kekayaan dan kemasyhuran” dan selebihnya adalah menyusuri liku-liku yang pernah dilalui Liverpool untuk kembali ke puncak.
Soalnya, bersediakah United menelan ego mereka?