Menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris serta melalui permulaan paling buruk dalam tempoh 30 tahun merupakan satu perkara yang paling mengerikan buat seluruh kem Manchester United.
Situasi itu dilihat semakin kritikal memandangkan The Red Devils bakal berdepan pendahulu, Liverpool, Ahad ini, yang masih belum tewas serta mencatat mata maksimum daripada lapan perlawanan, setakat ini.
Menjelang pertemuan di Old Trafford, peminat United tentunya mengharapkan keajaiban, lebih-lebih lagi apabila dua pengaruh besar dalam skuad, Paul Pogba dan David De Gea, disahkan tidak akan dapat diturunkan akibat kecederaan oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.
Tahun lalu, sewaktu kedua-dua kelab bersejarah England itu bertemu di Anfield, United tewas 1-3 sebelum pengendali ketika itu, Jose Mourinho, dipecat susulan prestasi buruk pasukan.
Kini, tanpa De Gea yang mengalami kecederaan paha sewaktu mewakili Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Euro 2020, baru-baru ini, sambil Pogba masih belum kembali ke pusat latihan di Carrington susulan melalui proses pemulihan di Dubai akibat masalah buku lali, masa depan Solskjaer berkemungkinan ibarat telur di hujung tanduk.
Tanpa bekas penjaga gol Atletico Madrid itu, kelibat Sergio Romero mungkin bakal disaksikan dalam kesebelasan utama dan ia mencetuskan keraguan mengenai bintang Argentina itu untuk mengharungi saingan getir di England.
Sejak menyertai United pada 2015, dia hanya melakukan 46 penampilan sambil ketiadaan Pogba bakal menyaksikan The Red Devils dijangka merindui kreativiti yang dimiliki tonggak Perancis itu dalam usaha menamatkan penantian jaringan sejak 1 Oktober lalu berdepan Arsenal.
Satu-satunya harapan yang mungkin boleh diharapkan oleh peminat United adalah menuntut aksi bintang muda yang semestinya bakal menjadi pertaruhan Solskjaer di Old Trafford nanti.
Scott McTominay, Daniel James dan Marcus Rashford sudah pasti menjadi pilihan utama sambil Anthony Martial dan Luke Shaw dilihat berkemungkinan kembali memperkuatkan skuad susulan kecederaan yang dialami sebelum ini.
Sama ada United akan menamatkan permulaan cemerlang anak buah Jurgen Klopp musim ini atau Liverpool bakal menyebabkan pengurus United dipecat buat kali kedua dalam tempoh dua tahun, sama-sama kita tunggu aksi Ahad ini.