Skip to main content

Rencana

United perlu kerja keras

asa.jpg
Selepas aksi mengecewakan sewaktu bertemu Brighton and Hove Albion serta Tottenham Hotspur, Manchester United kembali melakar kemenangan apabila menewaskan Watford di laman lawan.

Bermain menggunakan jersi kedua berwarna pastel merah jambu, anak-anak buah Jose Mourinho ternyata menguasai perlawanan tatkala jaringan Romelu Lukaku dan Chris Smalling sudah cukup untuk memberikan mereka kemenangan yang amat diperlukan. 

Mourinho ternyata lega dengan kemenangan itu dan memberikan pujian kepada dua pemain, Marouane Fellaini dan Smalling, yang beraksi cemerlang dalam perlawanan itu. 

Tanpa beberapa tonggak seperti Luke Shaw yang tidak cergas sepenuhnya, ini memberi peluang kepada pemain lain seperti Victor Lindelof untuk berada dalam kesebelasan utama. 

Cuma, apa yang sedikit mengecewakan adalah kehilangan Nemanja Matic untuk perlawanan akan datang apabila beliau dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan.

Kemenangan tipis 2-1 itu memberi tanda bahawa mereka perlu bekerja lebih keras kerana hanya memungut sembilan mata dalam lima perlawanan dan kini United berada di tangga kelapan liga.

Selepas ini, The Red Devils akan bertemu kelab dari Switzerland, Young Boys, untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, sebelum menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers di Old Trafford.  

Dalam masa sama, MOurinho dikhabarkan terus mengikuti perkembangan perancang Arsenal, Mesut Ozil. Ozil merupakan penerima gaji tertinggi di Arsenal, namun seperti diketahui umum, Mourinho memang sudah lama berusaha untuk mendapatkan pemain kelahiran Turki-Jerman itu.

Advertisement

Must Watch Video