The Red Devils yang tidak mencatat kemenangan dalam pertemuan berdepan Crystal palace dan Southampton bakal menerima ujian getir berdepan Arsenal yang kini berada di prestasi terbaik.
Di saat anak-anak buah Jose Mourinho masih terkial-kial mencari rentak kemenangan dan juga mendapatkan prestasi sebenar mereka, skuad kendalian Unai Emery pula dilihat terus konsisten. Untuk rekod, Arsenal telah melalui 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua perlawanan musim ini sekali gus menjadi satu rekod yang harus menggusarkan United.
Dengan hanya menduduki tangga ketujuh dengan 22 mata selepas 14 perlawanan, United dilihat masih bergelut untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan empat terbaik dalam liga. Ditambah laporan media antarabangsa mengenai suasana yang tidak harmoni dalam kem United, Dayang percaya keputusan perlawanan berdepan Arsenal di Old Tarfford ini adalah sangat penting untuk menentukan halatuju skuad The Red Devils.
Bagi Arsenal pula, bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-2 ke atas Spurs adalah satu tonik penting sebelum pertemuan di Old Trafford. Emery percaya pertemuan ini amat penting untuk diakhiri dengan kemenangan bagi terus mengekalkan momentum pasukan. Tonggak sandaran The Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang pula berada di kemuncak prestasi dibantu Alexandre Lacazette yang turut beraksi dengan baik kebelakangan ini.
Dalam masa sama, Emery percaya tidak mustahil untuk Arsenal menjulang kejuaraan liga kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Arsenal kini berada pada kedudukan keempat liga dibelakang Manchester City, Liverpool dan Chelsea dengan perbezaan 11 mata dengan pendahulu liga.
Siapa yang akan menjadi pilihan anda untuk muncul pemenang dalam perlawanan ini? Adakah United akan terus dibelenggu keputusan seri? Atau mungkin Arsenal akan melebarkan rekod tidak tewas dalam 20 perlawanan?