Syabas buat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kerana mencipta sejarah baharu layak buat kali pertama ke separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra tahun ini selepas kecewa dua tahun berturut-turut apabila terkandas dalam suku akhir.
Dua tahun lalu, UniKL kecundang 2-3 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum mengalami episod yang sama tewas 1-2 di tangan Maybank tahun lepas.
Kali ini, mereka dilihat mempunyai ramuan ampuh dengan memiliki skuad seimbang, kombinasi antara pemain-pemain tempatan dan juga tenaga import.
Walaupun baru bermain dengan tiga import, UniKL membuktikan status selaku pasukan pilihan kerana sudah menjaringkan 16 gol dan tidak bolos dalam dua perlawanan setakat ini.
Pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik Dunia dua tahun berturut-turut, iaitu David Harte juga langsung tidak diuji sepanjang dua perlawanan ini.
Bintang Belanda, Sander De Wijn, cemerlang memimpin barisan belakang dan pengalaman luas bekas pemain Australia, Kieran Govers, mengatur gerakan serta serangan daripada bahagian tengah menjadikan UniKL begitu ampuh.
Namun, tidak adil untuk mengukur kekuatan sebenar UniKL kerana dua lawan sebelum ini adalah pasukan dari Divisyen 1 iaitu Selangor D.E. dan MBPJ Tigers, dengan aksi separuh akhir bertemu Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) adalah pentas sebenar buat mereka.
KLHC adalah lawan setaraf buat UniKL kerana mereka memiliki pemain import yang bukan calang-calang, membentuk kombinasi dengan pemain tempatan yang berkaliber dan berpengalaman luas di pentas antarabangsa.
Saya tidak menafikan kekuatan utama KLHC adalah melalui pukulan sudut penalti kerana mereka mempunyai Muhammad Razie Abdul Rahim dan kini diperkuatkan dengan seorang lagi pakar flick, iaitu Jang Jong Hyun.
Nama Jong Hyun sudah tidak asing dalam kalangan peminat hoki tempatan dengan gol demi gol dijaringkannya sewaktu menyarung jersi Terengganu Hockey Team (THT) sebelum ini.
Ketajamannya tidak harus dipertikaikan lagi terutama selepas dia dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM) 2017 dengan 28 gol, 22 gol melalui pukulan sudut penalti dan enam gol daripada penalti stroke.
Tahun sebelum itu juga menyaksikan Jong Hyun muncul penjaring terbanyak LHM 2016 dengan 16 gol, 15 gol pukulan sudut penalti dan satu gol penalti stroke.
Saya percaya Harte dan UniKL tentu akan diuji pada perlawanan separuh akhir ini. Jelas sekali kedua-dua pasukan itu akan menyajikan satu perlawanan yang menarik buat tatapan para peminat hoki tanah air.
Apatah lagi UniKL akan dimantapkan lagi dengan kehadiran pemain import keempat mereka, iaitu Glenn Turner dari Australia untuk perlawanan tersebut.
Perlawanan separuh akhir Piala Tan Sri P. Alagandra di antara UniKL menentang KLHC pada Sabtu, 6 petang manakala TNB Thunderbolt menentang juara bertahan THT jam 8 malam. Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Kepada semua terutama peminat hoki di Lembah Klang, turunlah ke stadium untuk menyaksikan pemain handalan dunia dan tempatan beraksi.
Selamat maju jaya kepada ke empat empat pasukan!