Kegagalan bukan saja tidak pernah menimbulkan rasa serik buat Juventus, sebaliknya sekadar menguatkan lagi azam dan iltizam mereka.
Selepas 23 tahun yang melewati 18 kempen dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan lima penampilan dalam perlawanan akhir, skuad Old Lady itu masih belum mengecapi kegemilangan di peringkat Eropah semula.
Namun, seperti yang dipaparkan laman web www.90min.com, berkemungkinan penantian panjang itu akan berakhir pada 2020.
Umum harus masih mengingati bagaimana pada 22 Mei 1996, Juventus mengatasi pasukan pilihan hangat, Ajax, menerusi penentuan sepakan penalti untuk kali terakhir menjulang Piala Eropah dalam salah satu final terhebat pernah disaksikan.
Secara kebetulan, lawan yang sama kembali memberi igauan tahun ini apabila barisan muda dari Amsterdam itu menghadirkan antara kejutan terbesar dengan menyingkirkan Juve 3-2 secara agregat untuk mara ke separuh akhir UCL.
Dan pada waktu Cristiano Ronaldo ditandatangani Juve dengan nilai €100 juta (RM461j) musim panas lalu, penyerang itu yang terdahulu membantu Real Madrid kepada tiga kejuaraan UCL berturut-turut, diharapkan menjadi “azimat” untuk mendatangkan kegemilangan buat skuad berpangkalan di Turin itu.
Ronaldo mungkin gagal memenuhi jangkaan itu tapi menjadi daya penarik buat sasaran perpindahan Juve musim panas ini – antaranya Matthijs de Ligt daripada Ajax, Adrien Rabiot daripada Paris Saint-Germain (PSG), Aaron Ramsey daripada Arsenal dan pulangnya Gianluigi Buffon ke pangkuan pasukan semula.
Pada usia semuda 19 tahun, De Ligt mengemudi Ajax ke separuh akhir UCL musim ini, dengan mendominasi pertahanan serta menyumbang gol penting di peringkat suku akhir dan separuh akhir.
Dia menyusulinya dengan penampilan dalam final Liga Negara-Negara UEFA berdepan Ronaldo dan Portugal yang tampil juara – dan kesempatan itu digunakan kapten Portugal itu untuk memikat De Ligt menyertainya di Juventus.
Dengan pengesahan terbaru tonggak muda itu baru saja melengkapkan perpindahan bernilai $84.3 juta (RM346j), maka Juve harus menjadi antara pilihan untuk mahkota UCL 2019/20.
Dalam pada itu, The Old Lady turut dikaitkan dengan Mauro Icardi daripada Inter Milan – penyerang Argentina itu baru-baru ini meninggalkan kem latihan Inter sebagai petanda dia mahu berpisah dengan mereka.

Di sebalik meraih kejuaraan Serie A lima musim berturut-turut di bawah pengawasannya, Massimiliano Allegri terpaksa menjadi ‘korban’ gara-gara kegagalan dalam UCL dan digantikan oleh Maurizio Sarri, yang berpaksikan kejayaan mengemudi Chelsea menjulang trofi Liga Europa.
Walaupun gagal memenangi trofi di Itali sebelumnya, stail permainan yang diterapkan Sarri ketika mengemudi Napoli tampil naib juara di belakang Juve dua musim lalu, mengundang rasa hormat terhadapnya dari seluruh Eropah.
Malah, ketika Napoli menundukkan Manchester City 2-1 di peringkat kumpulan UCL pada 2017, Pep Guardiola turut meluahkan kekagumannya dengan menyifatkan kelab Itali itu antara yang terbaik pernah dihadapinya.
Diandaikan Sarri berupaya terus memperhalusi falsafah bola sepaknya, maka Juventus akan mengamalkan pendekatan “menekan tinggi” pada musim baru ini yang akan menyerlahkan lagi bakat-bakat terhebat yang dimilikinya.
Barangkali kita sudah boleh mengucapkan “hello” kepada bakal juara UCL 2020.