Menteri belia dan sukan baharu, kanser Dato’ Lee Chong Wei, doping, kemalangan maut, tunggakan gaji, juara dunia, rekod dunia para olahraga, pingat emas temasya dan bermacam-macam lagi mewarnai sukan Malaysia 2018.
Suka duka memang adat dalam sukan.
2018 tahun mencabar, tetapi tidak boleh disangkalkan sukan itu elemen penting untuk perpaduan, membina karakter, dan ia membawa jalur gemilang ke serata dunia dengan penuh bangga.
Untuk menutup tahun 2018 dan menantikan kedatangan tahun baharu 2019, penulis ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu, pada masa yang sama penulis sempat mendapatkan pandangan rakan-rakan dari komuniti sukan negara untuk melengkapkan 3 ayat di bawah:
1. Sukan di Malaysia penting kerana...
2. Memori terbaik dan terburuk sukan Malaysia 2018…
3. Berharap sukan pada 2019 akan…
Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz
(Presiden, Institute for Democracy and Economic Affairs, IDEAS)
-Sukan membina karakter seseorang individu juga membangunkan negara Malaysia.
-Untuk saya sendiri sudah pasti dapat menjalankan gaya hidup sihat bermain skuasy dan tenis. Tiada yang terburuk kerana jika setiap atlet melakukan yang terbaik dan masih tidak berjaya, positifnya masih ada ruang untuk terus diperbaiki dan berjuang.
-Terus berjaya dan membanggakan diri sendiri dan lebih penting buat negara.
Azizulhasni Awang
(Atlet berbasikal-Juara dunia Keirin 2017 dan Olympian of The Year 2018)
-Sukan memupuk perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Jika digunakan dengan betul, sukan mampu mengukuhkan ikatan perpaduan rakyat. Ia juga penting bagi kehidupan yang sihat dan cerdas, sekaligus mengurangkan penyakit dan kehidupan berkualiti.
-Memori terbaik, memenangi koleksi lengkap emas-perak-gangsa di Sukan Asia Jakarta 2018 dan berada di ranking no.2 dunia (No.1 tidak lama lagi)
Memori terburuk, mendapat masalah kesihatan yang mengganggu prestasi dan latihan dan ianya berpanjangan sehingga ke Sukan Komanwel.
-Lebih menyinar dan struktur serta sistem sukan yang lebih sistematik setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Australia, Amerika Syarikat dan Geat Britain
Shaukei Kahar
(Pengulas sukan Astro Arena)
-Sebagai sebuah negara majmuk dengan latar belakang agama, adat budaya serta corak kehidupan masing-masing, Malaysia perlu memiliki kaedah penting bagi mewujudkan perasaan kasih sayang, hormat menghormati, bekerjasama dan bertolak-ansur dalam kehidupan masyarakatnya. Justeru, sukan adalah kaedah utama yang mampu melahirkan nilai-nilai tersebut.
-Bola sepak, badminton, skuasy dan hoki memiliki aura tersendiri. Lebih 80 ribu pada saingan Piala AFF tempoh hari pasti menzahirkan kenangan indah buat kita. Juga keupayaan Goh Jin Wei mengulangi gelaran Juara Remaja Dunia 2018, disusuli pingat emas Olimpik Remaja hoki pasti meninggalkan kenangan manis.
-Berharap sinar yang lebih bergemerlapan pada tahun 2019 disamping kita mengharapkan juga kerajaan baru dapat meningkatkan sokongan kepada atlet dan arena sukan negara.
Prof. Dato’ Dr. Shamala Subramaniam
(Pengarah Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia)
-Sukan di Malaysia penting kerana ia merupakan nadi kepada pembangunan ihsan serta penyatuan masyarakat.
-Bagi saya memori terbaik pasti pasukan hoki lelaki mengalahkan India di Sukan Asia untuk masuk ke perlawanan akhir.
-Supaya pasukan hoki lelaki negara akan layak ke Sukan Olimpik 2020.
Amy Kwan
(Atlet gimrama-Pingat emas Sukan Komanwel dan Olympian of The Year 2018)
-Medium untuk menjalin perhubungan erat antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
-Saya akan ingat sehingga ke akhir hayat, berdiri di podium menyanyikan Lagu Negaraku ketika dikalungkan pingat emas Sukan Komanwel 2018.
Tiada saat buruk kerana bagi saya setiap kegagalan dan halangan ada hikmah disebaliknya.
-Terus maju dan para atlet negara akan mencapai impian pada 2019.
Adrian Ang
(Juara dunia bergu bowling 2018)
-Untuk kita bina semangat kesukanan untuk negara kita dan mengeratkan komunikasi antara satu sama lain.
-Memori terburuk adalah tidak memungut sebarang pingat di Sukan Asia dan memori terbaik ialah jadi juara dunia.
-Harapan 2019 untuk terus berkhidmat untuk negara kita dan mengharumkan nama negara di peringkat dunia.
Rajes Paul
(Ketua Pengarang Sukan The Star)
-Banyak kebaikan dari sukan yang memberi gaya hidup sihat, platform perpaduan dan mengajar nilai murni kehidupan.
-Ramai bangga melihat atlet bekerjasama dan berjiwa patriotik di temasya sukan namun kecewa dengan isu doping di mana atlet negara melakukan keputusan kurang bijak.
-Buka 2019 dengan keputusan cemerlang, komunikasi lebih baik dalam komuniti sukan dan karakter lebih positif dalam menangani cabaran.
Ismail Saman
(Jurulatih Kelab Badminton Petaling)
-Dapat memupuk perpaduan berbilang kaum dan mengiratkan silaturahim antara kaum. Ia juga membantu meningkatkan kesihatan badan serta menjadikan sesebuah keluarga lebih mesra apabila bersukan.
-Bagi saya terbaik 2018 ialah bola sepak negara di final Piala AFF dan Goh Jin Wei juara dunia remaja. Terburuk sudah tentu berita bahawa Datuk Lee Chong Wei mengalami kanser dan pelumba motor Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman, meninggal dunia kerana kemalangan semasa perlumbaan.
-2019 sukan Malaysia meningkat dan maju di tahap dunia juga atlet layak ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
Khoo Cai Lin
(Bekas perenang dan Olympian negara)
-Sukan membawa masyarakat bersama. Seperti yang dikatakan Nelson Mandela, “Sukan mempunyai kuasa luar biasa kepada dunia. Sukan dapat memberi semangat, menyatukan rakyat pada masa yang sama sebagai bahasa neutral yang dapat berinteraksi dengan golongan belia. Dalam kesengsaraan, sukan memberi sinar baharu. Sukan lebih berkuasa daripada kerajaan kerana ia dapat menyatukan kaum yang berlainan tanpa sebarang diskriminasi. Sukan menjadi pilihan buat masyarakat yang penuh kasih sayang”.
-Keputusan terbaik 2018 pasti kejayaan pemain badminton negara Goh Jin Wei muncul juara dunia remaja buat kali ke 2.
-Sukan di Malaysia akan terus gemilang walaupun melalui cabaran pengurangan dana.
Akbar Sahari
(Penyampai sukan Astro Arena)
-Sukan Malaysia merupakan elemen utama untuk membawa mesej kepada dunia, “Malaysia mampu menawan anda”. Kecil-kecil cili padi, tetapi kami bersemangat tinggi.
-Memori terbaik apabila Ridzuan Puzi dan Latif Romly pecah rekod dunia di Sukan Para Asia Indonesia. Terburuk kepada badminton gagal memenangi sebarang pingat di Sukan Asia 2018.
-Harap sukan Malaysia 2019 akan lebih berdaya saing serta lebih ramai atlet pelapis yang berwibawa. Juga raih banyak pingat emas di Sukan SEA Filipina.
Ahmad Yusuf Rafaii Bin Reeza Lim
(Peminat sukan dan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia)
-Melalui sukan, perpaduan rakyat Malaysia akan lebih terjamin dan negara ini akan lebih harmoni.
-Bagi saya memori termanis dapat bermain liga IPT dan berjumpa balik kawan-kawan semasa kecil.
-Supaya Malaysia mengambil kira taraf para atlet dan kebajikan atlet di Malaysia akan terjaga.
K.Reuben
(Pemain bola sepak Malaysia)
-Sukan menyemarakkan semangat patrotik dan menyatukan rakyat Malaysia.
-Apa yang menjadi pilihan saya ialah pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi terbaik di Piala AFF. Pada masa sama, berita buruk apabila dana sukan dikurangkan oleh kerajaan.
-Ingin melihat pada 2019 terdapat peningkatan kualiti dari pihak pentadbiran sukan sehinggalah kepada atlet dan penyokong.
Karen Loh
(Pengasas Malaysia Women Marathon)
-Sukan satu kunci ke perpaduan negara.
-Bangga Julian Yee beraksi di Olimpik Musim Sejuk, Korea Selatan. Memori terburuk, rakan karib meninggal dunia selepas dilanggar kereta semasa berlari di maraton.
-2019 kerajaan akan memberi perhatian kepada pembangunan sukan terutamanya kepada murid perempuan di sekolah.
Dr. Faithal Hassan
(Pensyarah Pusat Sukan Universiti Malaya)
-Sukan amat penting di Malaysia kerana ia mempengaruhi perpaduan, fizikal, mental, emosi, kesihatan intelektual, ekonomi juga semangat cintakan Malaysia.
-Sejujurnya, 2018 bukan tahun cemerlang buat sukan Malaysia. Kegagalan program Podium yang melihatkan pelaburan jauh lebih tinggi daripada prestasi cemerlang yang diperoleh. Selain itu, prestasi Sukan Asia 2018 antara yang terburuk dengan pingat emas diperolehi kebanyakan bukan dari senarai sukan di Olimpik juga bukan dari sukan yang disasarkan.
-2019 fokus kepada sukan yang atlet Malaysia boleh pergi jauh dan beri perhatian sepenuhnya kepada sukan yang ada peluang menyumbang emas pertama di Olimpik 2020 Tokyo. Dalam pada itu, kerajaan tidak harus melupakan sukan di peringkat akar umbi terutamanya di peringkat sekolah.
Kubrina Dass
(Pengurus akaun Dentsu Sports Asia)
-Sukan menyatukan Malaysia sebagai satu unit keluarga.
-Hahaha takde lah yang terburuk, tapi terbaik dapat terlibat dalam Piala Malaysia dan Piala AFF.
-Harap atlet pelapis dapat menyinar dan Sukan SEA 2019 Filipina tempat terbaik untuk buktikannya.