Secara rasmi, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membuat keputusan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 kepada satu tarikh baru pada musim panas tahun depan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
Bagaimanapun, kelewatan Sukan Olimpik yang sepatutnya berlangsung pada Julai tahun ini kebanyakannya diterima baik Majlis Olimpik Malaysia (MOM), barisan jurulatih dan atlet.
Antara sebab mereka menerima baik keputusan itu adalah untuk menghindari daripada wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini, selain menjadi punca dan faktor banyak kejohanan utama terpaksa ditunda serta merencatkan persiapan barisan atlet daripada setiap negara untuk bersaing merebut slot ke Tokyo.
Tarikh baru itu memberi kelegaan kepada skuad negara untuk melakukan persiapan lebih rapi, terutama kepada atlet yang diletakkan sebagai sasaran dalam memburu pingat emas sulung Olimpik.
Antaranya, jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang, akan menyusun semula program latihan baru, bersedia memanfaatkan tempoh setahun yang dimiliki untuk mengharungi temasya terbesar dunia itu.
Namun, apabila ditanya adakah penundaan ini mampu merencatkan prestasinya yang ketika ini berada di tahap terbaik, The Pocket Rocketman itu menjelaskan biarpun tarikh Sukan Olimpik dianjak ke tahun hadapan, misi dan semangatnya tetap sama.
Dalam pada itu, ada beberapa pendapat mengatakan penundaan Sukan Olimpik Tokyo memberi kelebihan buat wakil muda negara seperti pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, untuk menjadi lebih matang menggalas cabaran tersebut.
Ia selepas pemain berusia 22 tahun itu membuktikan kebolehannya dalam saingan Seluruh England, Mac lalu apabila berjaya mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Cheng Long.
Jika ada kelebihan, pasti ada kekurangan, kerana sesetengah pendapat menggambarkan penagguhan temasya Olimpik edisi 2020 memberi tekanan kepada atlet yang sudah berumur untuk bersaing dengan negara-negara lain.
Pada saya pula, tidak kira sama ada umur sudah lanjut atau masih muda, jika mereka turun dengan semangat kental, pasti kemenangan mampu menjadi milik kita...