Andai anda berada dalam satu pasukan bola sepak, dalam satu perlawanan sosial petang-petang, agaknya dalam pasukan anda, siapa yang akan memakai jersi nombor 7?
Apa yang pasti, pemain yang akan memakai jersi nombor 7 itu, sekurang-kurangnya mestilah sama ada ketua pasukan, boleh ambil sepakan percuma atau sekurang-kurangnya mestilah ‘terer’ di atas padang.
Di sini penulis senaraikan tujuh pemain paling prolifik yang memakai jersi nombor 7 mengikut pengalaman penulis sendiri sepanjang mengikuti arena bola sepak.
Eric Cantona
Nama lain yang muncul sebelum penulis menaip nama Cantona ialah George Best, Kenny Dalglish mahupun Bryan Robson. Namun, Cantona menjadi pilihan pertama penulis. Merupakan satu-satunya pemain yang ‘menaikkan’ kolar baju sewaktu memakai jersi nombor 7.
Nombor 7 itu memang sangat sinonim dan ‘kena’ dengan Cantona pada waktu itu memandangkan beliau terkenal dengan aksi ‘ganas’ di dalam mahupun luar padang. Biarpun kurang bernasib baik bersama skuad kebangsaan Perancis, Cantona berjaya meraih 11 piala bersama pasukan Manchester United.
Robert Pires
Merupakan salah seorang pemain dalam skuad ‘The Invicible’ di bawah bimbingan Arsene Wenger. Sewaktu pemergian Marc Overmars, Pires dibawa masuk daripada Juventus dan terus diberikan nombor 7 dan kekal sehingga beliau bersara.
Pires juga merupakan pemenang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama pasukan kebangsaan Perancis.
Raul Gonzalez
550 penampilan dan 228 gol sudah cukup membuktikan ketajaman Raul selaku ayam tambatan Real Madrid pada zaman kegemilangannya. Pemain yang mempunyai kuasa veto dalam memakai jersi nombor 7, sama ada di kelab mahupun negara. Lihat sahaja bagaimana pemain yang memakai jersi nombor 7 di Manchester United dan England, David Beckham, terpaksa memakai jersi nombor 23 sewaktu menyertai Los Blancos kerana nombor 7 pada waktu itu adalah milik Raul. Enough said?
Bastian Schweinsteiger
Bekas pemain pasukan Bayern Munich dan Jerman ini menggunakan nombor jersi yang berbeza di kelab dan negara. Schweinsteiger mengenakan jersi nombor 31, namun memilih 7 apabila beraksi buat Die Mannschaft. Satu fakta menarik, Schweinsteiger menyertai skuad senior Jerman sewaktu berusia 19 tahun.
Penulis masih ingat betapa cemerlang dan ‘function’ aksi Schweinsteiger dalam final Piala Dunia 2014 di Stadium Maricana, Rio de Janeiro yang menghadiahkan Jerman kejuaraan Piala Dunia di bumi Brazil.
Hidetoshi Nakata
Pemain terbaik Asia 1997 & 1998. Nakata merupakan tonggak terpenting yang membawa Jepun layak ke Piala Dunia 1998 buat pertama kali dalam sejarah.
Sebelum pemain Asia lain seperti Park Ji Sung ‘meletup’ di Eropah, Nakata terlebih dahulu mencipta nama di Eropah. Beraksi bersama Perugia, Nakata kemudian berhijrah ke AS Roma dan membawa Roma muncul juara liga. Pernah mendapat tawaran menyertai Arsenal tetapi menolak untuk bermain bersama Parma.
Nakata bersara pada usia 29 tahun atas alasan ‘sukan bola sepak sudah berubah dan tidak seperti dulu’.
Cristiano Ronaldo
Individu ini adalah ‘king’ dalam senarai pemain yang memakai jersi nombor 7.
Bermula di Manchester United, Real Madrid, Juventus dan Portugal, tiada apa yang dapat memisahkan Ronaldo dengan nombor 7 selagi beliau bermain. Malah, beliau merupakan pemain terakhir Manchester United sehingga kini yang ‘menjadi’ dengan jersi 7 kerana selepas beliau semuanya ibarat terkena sumpahan. Nak cerita trofi dan pencapaian Ronaldo? Penulis jujur tak terkira sebenarnya…
Ahmad Shahrul Azhar
Tidak sah andai penulis tidak menyelitkan salah seorang pemain tempatan di dalam senarai ini. Andai pemain tempatan yang memakai jersi nombor 7, tidak lain dan tidak bukan dalam pemikiran penulis adalah Ahmad Shahrul Azhar. Pemain yang cukup sinonim dengan kad merah dan pertengkaran bersama pengadil di dalam perlawanan. Tetapi beliau adalah ‘skipper’ terbaik bagi negeri Perak dan Malaysia pada eranya.
Arkitek tengah ini merupakan salah seorang dari segelintir pemain yang telah memenangi semua trofi di peringkat domestik. Biarpun bukan seorang pemain yang ‘teknikal’, Ahmad Shahrul cukup disegani kerana kepimpinannya dan memiliki aura seorang jeneral yang mampu mengubah suasana perlawanan.