Pernah layak secara merit ke pentas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China dan kini menduduki ranking ke-17 dunia semestinya sesuatu yang membanggakan buat atlit lompat tinggi kebangsaan, Lee Hup Wei.
Malah, atlit yang mencipta sejarah selaku wakil sulung kem olahraga yang mara ke final Kejohanan Dunia sewaktu beraksi di Doha, tahun lalu itu kini dilihat mampu menjadi taruhan utama Malaysia menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Seiring dengan beberapa atlit olahraga lain seperti Nauraj Singh Randhawa, Hakimi Ismail, Irfan Shamsudin, dan Andre Anura Anuar, Hup Wei diyakini mampu menempah tiket secara merit untuk ke Tokyo tatkala jaminan kuota khas menantinya sekiranya dia gagal.
Walaupun dia sekadar mencatat lompatan 2.16 meter dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan pesaing ketika beraksi dalam saingan Trek Klasik Sydney, Sabtu lalu, kemampuannya tetap diyakini Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dapat mara ke pentas Sukan Olimpik kali ini.
Malah, tempoh sehingga Jun depan yang ditetapkan KOM untuk melihat Hup Wei mengesahkan tiket merit ke Tokyo semestinya menjanjikan tempoh masa yang cukup buat atlit berusia 32 tahun itu mempersiapkan diri.
Hanya konsisten dan keyakinan tinggi mampu memacu Hup Wei untuk tidak mengecewakan kem olahraga kali ini tetapi harus diakui, dia berdepan tugas berat sebelum tarikh tutup kelayakan, 29 Jun depan.
Lebih berat, Tokyo 2020 mungkin menjadi pentas terakhirnya dalam saingan Sukan Olimpik jika melihat kepada faktor usia.