Skip to main content

Rencana

Tuah 29 jaguh badminton masa depan

kem-badminton-astro-011217.jpg
Detik bersejarah 29 November 2017  merupakan hari pertama 29 kanak-kanak terbaik yang telah dipilih bagi melengkapkan senarai peserta akhir berkumpul bagi program kemuncak Kem Badminton Astro musim ini dengan menjalani latihan badminton intensif di Jepun.

Selain daripada keceriaan peserta di Kompleks Sukan MSN, Kuala Lumpur ini, raut wajah bangga ibu-bapa yang menghantar juga menghiasi suasana 29 November. Tidak terlepas juga yang sugul barangkali ada kerisauan, apatah lagi rata-ratanya pertama kali melepaskan anak sebegitu jauh.

Namun, inilah peluang keemasan buat anak-anak seusia jagung ini menimba pengalaman di negara orang. Bukan sahaja akan menjalani latihan secara intensif di bawah program pembangunan badminton di Jepun, malah ini mungkin pengalaman sekali seumur hidup merantau ke negara orang tanpa ibu-bapa seawal usia 10-12 tahun.

Bermula 29 November hinggalah 2 Disember, peserta-peserta akan berkumpul di Kompleks MSN bagi program persediaan sebelum berlepas ke Jepun.

Dan sesuatu yang baru untuk Kem Badminton Astro kali ini apabila pertama kalinya mendapat tajaan penerbangan daripada Japan Airlines dengan tiket penerbangan pergi dan balik juga sesi lawatan ke Hangar Japan Airlines bagi mendedahkan serba sedikit tentang perkhidmatan dan sistem penerbangan mereka.

Pelbagai program telah dirancang sepanjang pekampungan di Jepun nanti. Intan akan bawakan perkembangannya menerusi penulisan akan datang.

Apapun sekalung tahniah buat 29 yang bertuah!

 

Advertisement

Must Watch Video