Tidak semena-mena kelab Brazil, Cruzeiro, mengumumkan menerusi laman rasminya kejayaan menandatangani Lionel Messi.
“Messi adalah pembelian terbaru Cruzeiro. Pemain Argentina itu akan tiba dengan perpindahan percuma untuk kontrak selama empat musim, dengan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi,” kata laman web kelab itu.
Di tengah-tengah keributan Messi mahu meninggalkan Barcelona, pertikaian mengenai klausa pelepasannya dan di antara keghairahan sebilangan kelab besar Eropah untuk mendapatkan tandatangannya, pengumuman itu harus mengejutkan.
Berselang hanya beberapa minit, Cruzeiro memadamkan hantaran berkenaan serta mengeluarkan kenyataan bahawa laman rasmi kelab itu telah digodam.
Tidakkah haru-biru dibuatnya?
Didahului oleh Bayern Munich dan Liverpool yang awal-awal mengakui tidak mampu mendapatkan Messi – itu pun jika dia dapat meleraikan ikatan rasmi dengan Barca – pemain itu tidak kekurangan minat daripada kelab-kelab besar yang menghajati khidmatnya.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, yang sedang bercuti di Catalunya, dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Messi terhadap kemungkinan menyertai bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
.jpg)
Di celah-celah perkembangan itu, seorang wartawan Argentina, Martin Liberman, dipetik sebagai mendakwa Messi turut menerima tawaran bergaji lumayan daripada Inter Miami dan ingin menghabiskan kariernya dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS).
Menurut laporan terkini L'Equipe pula, Juventus turut bertanyakan mengenai Messi yang memungkinkan dia digandingkan dengan Cristiano Ronaldo dalam barisan juara Serie A itu. Alangkah indah jika itu berlaku.
Pada masa yang sama, pengaruh Neymar dan Angel di Maria yang menggamit kedatangannya ke Paris Saint-Germain (PSG) juga seakan-akan sukar ditolak.
Dilaporkan Pengarah Sukan PSG, Leonardo, telah menghubungi bapa Messi, Jorge, yang juga ejen pemain itu bagi menyatakan minat. Membariskan Messi bersama Neymar dan Kylian Mbappe adalah impian presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.
Inter Milan juga belum mengaku kalah. La Gazzetta dello Sport mendakwa presiden Nerazzurri itu sedang mendapatkan dana secukupnya bagi membiayai pembelian Messi bagi memburu trofi Liga Juara-Juara.
Tapi, Messi mahukan lebih lagi…
Terkini, Radio Catalunya melaporkan Messi mungkin tidak akan menghadiri ujian kesihatan Barcelona lewat hari ini – petanda yang makin jelas dia sudah ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan majikannya itu.
Petanda paling jelas dibawakan oleh 'Jugones' yang melaporkan Messi telah memutuskan City sebagai destinasinya untuk kembali bekerja di bawah Guardiola. City dilaporkan bersedia membida €100 juta di samping tiga pemain, Gabriel Jesus, Bernardo Silva dan Eric Garcia sebagai pertukaran ganti.
“Saya mahu menang dua Ballon d'Or berikutnya dan saya hanya boleh mencapainya bersama anda,” Messi dikatakan memberitahu Guardiola seperti dipetik seorang pengulas Sepanyol, Cristobal Sorja, dalam program televisyen 'El Chiringuito de Jugones’ kelmarin.
Empat daripada enam anugerah Ballon d'Or milik Messi adalah ketika di bawah bimbingan Guardiola dan tidak sukar mengagak hala tujunya selepas ini.
Itu pun jika Barcelona bersetuju melepaskannya.