Dari sudut manapun ia ditelusuri, transformasi Liverpool daripada sebuah pasukan penghambat untuk akhirnya bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim 2019/20, boleh disimpulkan sebagai menakjubkan.
Harus tidak ramai yang menjangka sebuah kelab, yang merajai kancah bola sepak Inggeris untuk satu tempoh yang panjang, terutama pada era 80-an, untuk menempuh satu kemarau gelaran yang panjang juga, akan mampu bertakhta semula.
Berdekad-dekad kekecewaan yang diselami harapan palsu, kemudian sekadar merendahkan lagi jangkaan dan harapan terhadap mereka.
Peminat yang paling optimis pun semakin berkurangan, dengan kebanyakan mereka bertukar menjadi pengikut kurang berkeyakinan hinggakan pada waktu Jurgen Klopp mengambil alih sebagai pengurus, empayar The Reds sebenarnya sudah lama rebah menyembah bumi.
Sewaktu Klopp menggantikan Brendan Rodgers selaku pengurus Liverpool pada Oktober 2015, mereka sekadar di tangga ke-10 liga dan turut diabkan West Ham 3-0 di Anfield pada musim berkenaan.
Pada detik itu, suku abad lamanya sudah berlalu sejak kali terakhir Liverpool menjuarai liga dan kejuaraan berikutnya tiada pun sebarang petanda akan diperolehi dalam tempoh terdekat.
Seperti disorot oleh satu laporan khas CNN, luka kegagalan yang terlalu hampir pada 2014 belumpun sembuh – pedihnya pula ditambah oleh perpindahan Steven Gerrard ke Los Angeles dan Luis Suarez ke Barcelona.
Namun, seiring dengan ketibaannya, pengurus berbangsa Jerman yang berkarisma itu segera menjanjikan perubahan.
Walaupun dia memerlukan lima tahun untuk menggapai mahkota bola sepak Inggeris, impak yang dibawa Klopp ke atas Liverpool, terlihat hampir serta-merta.
“Kami harus berubah daripada sepasukan yang berasa ragu-ragu kepada yang berasa yakin,” katanya dalam temu bual pertamanya selaku pengurus baru Liverpool pada 2015 itu.
Dalam pada itu, Klopp juga bukan datang ke Anfield dengan reputasi yang alang-kepalang.
Mengambil alih Borussia Dortmund selaku kelab pertengahan liga yang dijejaskan oleh kekangan kewangan, dia mengemudi mereka untuk menjuarai Bundesliga seanyak dua kali, termasuk juara berganda liga dan piala pada musim 2011/12.
Pendekatan “Gegenpressing” (menekan pasukan lawan di segenap ruang padang sejurus hilang penguasaan bola untuk memenanginya semula) yang diterapkannya tidak hanya menukar Dortmund menjadi sebuah pasukan juara, tapi turut memenangkannya pemuja di seluruh dunia.
“Apabila dia menyertai Liverpool, kami tidak dapat mempercayainya kerana dia satu nama yang cukup besar, lebih besar daripada pemain bintang yang kami ada,” kata Dan Fieldsend, penulis buku "Local: A club and its city. Liverpool's social history," seperti dipetik oleh CNN Sport.
“Tutur-katanya adalah sempurna, umpama puisi.
“Ini (Liverpool) adalah sebuah kota pengimpi. Jadi, apabila Klopp mengatakan sasarannya ialah Liverpool berada di tangga teratas dalam lima tahun serta meraih trofi dalam tempoh tiga tahun, itulah yang mahu didengar oleh penyokong untuk satu tempoh yang lama.
“Klopp ternyata seorang yang berpandangan jauh. Falsafah yang dibawanya untuk tidak lagi berpuas hati dengan bergelar kedua terbaik, sudah membuahkan hasil kini,” katanya lagi.