Musim 2018-19 menyaksikan Tottenham Hotspur menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat di belakang Chelsea, Liverpool dan juara, Manchester City.
Biarpun menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim 2019-20 menerusi slot terakhir, Spurs kendalian Mauricio Pochettino itu tetap tampil cemerlang di pentas tertinggi Eropah apabila bergelar naib juara selepas tewas 2-0 di tangan Liverpool dalam final.

Apa yang menarik, dua pencapaian itu diraih tanpa sebarang wang dibelanjakan untuk membawa masuk pemain sebelum musim 2018-19, bermula ekoran pelbagai kekangan, termasuk dana untuk mengimbangi proses menyiapkan gelanggang baru, Stadium Tottenham Hotspur, di utara London.
Pochettino sendiri pernah secara terbuka mengaku kecewa dengan keengganan kelab berbelanja mendapatkan pemain baru yang secara tidak langsung merencatkan perancangannya buat pasukan.
Pengakuan itu disahut Pengerusi Spurs, Daniel Levy, menjelang saingan 2019-20 apabila memecahkan rekod perpindahan kelab menerusi kehadiran Tanguy Ndombele, awal bulan ini dengan nilai GBP65 juta (RM332 juta).
Bintang berusia 22 tahun dari Perancis itu pantas mengesahkan tanda harga yang dibayar Spurs apabila hanya memerlukan seminit tempoh beraksi untuk mencipta bantuan gol ketika berdepan Juventus dalam aksi pra-musim menentang Juventus, Ahad lalu.

Dan kini, Spurs galak menunjukkan kemahuan tinggi untuk 'menebus' kesilapan tidak menandatangani pemain baru musim lalu apabila semakin hampir membawa masuk pemain muda Argentina daripada Real Betis, Giovani Lo Celso.
Sebelum ini, Los Verdiblancos meletakkan tanda harga bernilai GBP60 juta (RM307 juta) buat bekas produk kelab Argentina, Rosario Central, itu tetapi kini mereka dilaporkan bersedia menurunkan permintaan kepada GBP45 juta (RM230 juta).
Spekulasi untuk Lo Celso berhijrah ke London terus hangat apabila dia tidak disenaraikan dalam skuad Betis bagi menghadapi saingan pra-musim di Mexico tatkala skuad kendalian Joan Francesc Ferrer Sicilia atau Rubi itu baru sahaja mengesahkan pembelian pemenang Piala Dunia 2018, Nabil Fekir, daripada Olympique Lyon dengan nilai GBP22 juta (RM112 juta).

Selain Lo Celso, Spurs juga dilaporkan sedang bekerja keras untuk membawa masuk bintang muda Fulham, Ryan Sessegnon, musim panas ini dan perpindahan itu berpeluang tinggi untuk dilengkapkan memandangkan The Cottagers tersingkir ke Liga Kejuaraan.
Walaupun Fulham meletakkan nilai GBP40 juta buat Pemain Terbaik Liga Kejuaraan Musim 2017-18 itu, Spurs yakin mereka berupaya melengkapkan dokumen dengan hanya membayar GBP25 juta kerana kontraknya bersama The Cottagers hanya berbaki setahun.

Tiga nama di atas semestinya mampu membuatkan Pochettino tersenyum lebar tatkala peminat Spurs masih menanti kelab kesayangan mereka menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi.
Atau sekiranya masih kempunan, mereka bakal menyaksikan nama besar meninggalkan pasukan, sama seperti apa yang dilakukan Luka Modric dan Gareth Bale suatu ketika dahulu.