Skip to main content

Rencana

Tonik Buat Rashford

rashford.jpg
Marcus Rashford ternyata amat bertuah apabila berjaya mendapatkan jersi nombor 10 bagi pasukan Manchester United untuk mengharungi musim 2018/2019 yang akan membuka tirai pada pagi Sabtu ini. 

Bintang muda England itu dilihat cukup bertuah apabila pada usia 20 tahun, beliau berjaya mencatat nama sebaris lagenda United seperti Ruud Van Nistelrooy, Mark Hughes dan Teddy Sheringham yang memakai jersi nombor 10.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, Rashford mengakui bahawa menyarung jersi nombor 10 bagi skuad senior memang sudah lama menjadi idamannya sejak menyertai United. Namun, beliau terpaksa menunggu seketika dikala Wayne Rooney masih di United dan selepas selepas penghijrahan Rooney, nombor 10 diberikan pula kepada Zlatan Ibrahimovich.

Berita ini juga Dayang percaya mampu menghadirkan sedikit aura positif dalam kem United selepas dilanda pelbagai isu. Antaranya sudah tentu isu kegagalan mendapatkan dana bagi pembelian pemain baru yang membuatkan Jose Mourinho bertelagah dengan pengurusan. Setakat ini United hanya berjaya mendapatkan Fred, Lee Grant dan Diogo Dalot tatkala seteru lain rancak membeli beberapa pemain ternama.

Dalam masa sama, Mourinho juga dingin dengan beberapa pemain utama, antaranya Paul Pogba yang dikhabarkan mahu berhijrah ke Barcelona, manakala Anthony Martial mahu pulang ke Perancis lebih awal sewaktu jelajah pramusim bagi menyambut kelahiran anaknya yang menyebabkan Mourinho berasa tidak senang.

Selain itu, masih tiada kepastian akan kemasukan Toby Alderweireld ke Manchester United biarpun media antarabangsa hangat memainkan isu ini.  Jadi secara peribadi, Dayang merasakan ini merupakan tonik terbaik bagi Rashford untuk memulakan kempen liga. 
Tambahan pula, skuad United kini dilanda pelbagai masalah dalaman dan diharapkan Rashford mampu menambah baik persembahan United berdepan Leicester City nanti.

Advertisement

Must Watch Video