Skip to main content

Rencana

Tokyo 2020: Jalan terus

tokyo-2020.jpg
Banyak spekulasi bertiup dalam arena sukan antarabangsa di sebalik penularan wabak koronavirus berpusat di China.

Antaranya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan terpaksa ditunda.

Punca utama kerana wabak ini sudah menjangkiti lebih 10,000 individu seluruh dunia dengan kematian lebih 300 orang.

Realitinya, spekulasi itu tidak benar.

"Langkah penting ialah memastikan penularan wabak ini dapat dikawal untuk memastikan Tokyo 2020 temasya yang selamat.

"Tokyo 2020 akan terus berkerjasama dengan semua organisasi berkaitan untuk memantau isu ini dan mempertimbangkan langkah yang perlu diambil," kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam kenyataannya.

Bagi atlet Malaysia, isu ini tidak memperlahankan usaha memburu tiket kelayakan atau pingat temasya itu nanti.

Malaysia sudah memiliki 10 atlet layak sementara jaguh utama seperti Azizulhasni Awang (basikal trek) dan pemain badminton sedang memburu tiket kelayakan.

Saya yakin mereka tidak terjejas dengan wabak koronavirus.

Azizul contohnya, sedang buat persiapan rapi menghadapi Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman, 26 Februari ini.

Pingat Kejohanan Dunia, sama ada dalam keirin atau pecut individu - akan jadi azimat penting ke Tokyo.

Tetapi saya yakin, keutamaannya ialah muncul atlet pertama negara meraih emas Sukan Olimpik sejak kali pertama Malaysia menyertai Olimpik di Melbourne 1956.

Jadi teruskan usaha.

Sukan Olimpik Tokyo akan tetap diteruskan. Jalan terus, jangan pandang belakang.
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found