Skip to main content

Rencana

Timor-Leste bukanlah Thailand, Jerman mahupun Sepanyol

malaysia.jpg
Jadi baru-baru ini, Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Timor-Leste untuk dua pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Adakah dua kemenangan berturut-turut ini satu kebanggaan ataupun pencapaian besar buat skuad negara?

Belum lagi.

Bukan mahu merendah-rendahkan pasukan Harimau Malaysia - tapi ada kebenarannya juga bila sesetengah peminat masih lantang mengkritik di laman media sosial.

"Alah baru menang dengan Timor-Leste dah berlagak macam menang Piala Dunia", ujar salah seorang daripada mereka.

"Kalau nak ukur kemampuan sebenar, pergi lawan Thailand la! Buat apa bangga menang dengan Timor-Leste!", luah seorang lagi peminat.

Sebagai penyokong Harimau Malaysia yang sudah lama kempunan kemenangan besar bersama skuad kebangsaan, saya juga salah seorang daripada mereka yang celebrate seolah mengangkat Piala Dunia ketika pasukan kita menewaskan Timor-Leste di Larkin. Bahagia sungguh momen itu, akhirnya ada juga keputusan membanggakan daripada skuad senior kita!

Tapi selepas itu, terdetik juga di fikiran saya - eh, ini Timor-Leste je kot? Memang patut menang pun!

Hakikatnya, berhadapan dengan Timor-Leste sememangnya patut memberi kemenangan buat skuad kita. Jika kita tewas berhadapan dengan mereka, pasti memalukan! Tapi menang? Sepatutnya tidak menjadi kejutan.

Namun begitu, apa yang saya nak tekankan di sini adalah biarpun kemenangan ini bukanlah patut dibanggakan sangat, tapi kemenangan inilah apa yang amat (saya tekankan lagi, amaaaat) kita perlukan untuk initiate semula kebangkitan skuad Malaysia. Ketepikan siapa pihak lawan, kalau asyik kalah sahaja, kita pun naik fed-up nak terus menyokong bukan?

Jadi betul, mereka hanyalah Timor-Leste. Mereka bukanlah Thailand, bukanlah Jerman, bukanlah Sepanyol.

Tapi kemenangan tetap kemenangan. Dan bukankah kemenangan itu satu tanda kebangkitan? Jangan tipu, mesti ada sedikit perasaan bahagia apabila melihat Malaysia mencatatkan kemenangan dua kali berturut-turut kan? Mesti singgah semula perasaan 'yakin' ke atas skuad Malaysia (walaupun hanya sebentar, sebab - yalah, bukan lawan pasukan besar mana punnnn bak kata orang ramai) kan?

Tidak kiralah Timor-Leste ataupun pasukan mana-manapun, mungkin kemenangan "kecil" inilah yang bakal menyalakan semula api kegemilangan bolasepak kita?

At least that's something kan?

Advertisement

Must Watch Video