RENCANA
Timor Leste kantoi, Malaysia raih untung?
Gambaran dan bayangan telah dijelmakan pelbagai pihak merujuk kepada aksi mudah Malaysia di saingan play-off Piala Dunia 2022 sabaik diundi bertemu Timor Leste pada 6 dan 11 Jun depan.
Ada yang terus melaungkan kayakinan Malaysia mampu main ‘pejam mata’ dengan Timor Leste merujuk kepada rekod biasa- biasa skuad itu.
“Kalau tak menang tak tau lah.”
Iklan
Ada yang sinis, dengan kemampuan skuad negara rentetan kegagalan mereka berada di pentas final dalam kejohanan ciptaan sendiri iaitu Piala Airmarine Februari lalu.
Dalam kita memberi pendapat tidak berbayar di platform media sosial, mahupun kedai kopi ada situasi sebenar yang mungkin ramai pihak terlepas pandang.
"Ia rumit dan mungkin akhirnya memberi kelebihan kepada Malaysia". Itu reaksi Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul.
Mungkin anak buah Tan Cheng Hoe boleh simpan tenaga.
Berpunca daripada hukuman yang telah dikenakan oleh AFC ke atas Timor Leste tiga tahun lalu di mana pasukan itu tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana saingan kelayakan Piala Asia 2023.
Fakta yang perlu diketahui semua, kelayakan Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia saling berkait atara satu sama lain.
Jika aksi play-off Piala Dunia 2022 Malaysia-Timor Leste memihak kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe, secara automatik ia turut menyelamatkan laluan Malaysia di pentas kelayakan Piala Asia 2023.
‘“Adakah aksi play-off Piala Dunia Malaysia - Timor Leste sah?”
“Atau mungkin Malaysia bakal menerima kelebihan ‘walk over’ melibatkan aksi kelayakan Piala Asia tanpa mengira apa jua keputusan bagi aksi play-off Piala Dunia Jun depan?”
Mahu tidak mahu keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib AFC hanya akan diketahui minggu hadapan selepas mereka bersidang.
Punca kerumitan yang berlaku adalah disebabkan kegagalan Timor Leste menyediakan data lengkap melibatkan sembilan pemain naturalisasi kelahiran Brazil yang telah menyarung jersi Timor Leste bagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada 2015 lalu.
Selepas melewati penyiasatan terperinci, AFC mendapati ada unsur penipuan berlaku melibatkan butiran lengkap sembilan pemain terlibat.
AFC ambil hukuman drastik, tiada tempat buat Timor Leste bagi sebarang aksi yang bersangkut paut dengan kelayakan Piala Asia 2023.
Must-Watch Video