Skip to main content

Rencana

Tiga wakil England bernasib baik

brandon-williams.jpg
Tiga wakil dari Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Manchester United dan Wolverhampton Wanderers, mengharungi perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa awal pagi tadi. 

Di saat ramai pihak beranggapan ketiga-tiga pasukan iyu tidak akan berdepan masalah bagi perlawanan peringkat kumpulan, ia tidaklah semudah yang disangka.

Pada ketika peminat Arsenal menjangkakan pasukan mereka akan meraih kemenangan mudah di Stadium Emirates, The Gunners, yang berdepan Vitoria de Guimaraes, ketinggalan dua kali sebelum jaringan lewat permainan Nicolas Pepe akhirnya memberikan kelegaan buat Unai Emery untuk membawa pulang tiga mata.

Skrip sama dilalui satu lagi wakil England, Wolverhampton Wanderers, yang bertandang ke Stadium Nasional untuk berdepan Slovan Bratislava. Skuad Nuno Espirito itu ketinggalan 0-1 sebelum bangkit dengan dua gol oleh Romain Saiss dan Raul Jimenez untuk meletakkan Wolverhampton Wanderers berada di tangga kedua di belakang SC Braga dengan perbezaan satu mata. 

Bagi The Red Devils pula, kunjungan ke Serbia ternyata membuat keseluruhan pasukan terpaksa bekerja keras melayani Partizan Beograd yang memberi tentangan sengit. Mujur United diberikan sepakan penalti yang disudahkan oleh Anthony Martial untuk United kekal menduduki tangga pertama Kumpulan L.

Kemenangan buat ketiga-tiga wakil England itu dilihat memberikan mereka tonik terbaik untuk saingan liga hujung minggu ini selepas Arsenal tewas dalam perlawanan liga terakhir mereka kepada Sheffield United manakala Wolves dan United sekadar seri menentang lawan masing-masing. 

Advertisement

Must Watch Video