Skip to main content

Rencana

Tiga Perkara Yang Telah Saya Pelajari daripada Pemain Bola Sepak Muda

230916-a.jpg
Minggu lepas, kem lanjutan Kem Bola Astro diadakan di KLFA, Gombak. 

72 pemain lelaki dan perempuan di antara 10-12 tahun telah tersenarai untuk menjalani latihan bersama barisan jurulatih dari akademi terbesar di Barcelona, iaitu FCB Escola.

Mereka berlatih dan bermain bolasepak di hadapan jurulatih-jurulatih ini dengan harapan untuk terpilih menjalani latihan di Barcelona pada bulan Disember.

Banyak yang mereka pelajari bukan sahaja dari segi aksi fizikal, malah kekuatan mental dan cara mengawal emosi juga turut menjadi tumpuan sepanjang kem lanjutan ini.

Sangat seronok melihat anak-anak muda berusaha keras dan sanggup berjauhan dengan keluarga (ada yang datang dari Singapura dan Filipina) demi merealisasikan impian untuk masa hadapan mereka.

Namun secara peribadinya, lebih penting bagi saya adalah apa yang saya pelajari dari semangat dan keberanian mereka….

1.It’s okay to cry
Ada salah seorang peserta perempuan yang baru berusia 10 tahun meninggalkan rumah dan keluarga buat pertama kalinya untuk menjalani sesi latihan bersama FCB Escola. Pada awal latihan, dia memang kuat menangis. Alasannya, rindu dekat Mak.  

Kasihan. Memang kasihan. Tapi setiap kali melepas rindu kepada Mak dengan berbual di telefon, kita boleh lihat betapa bersemangatnya adik ini beraksi di atas padang. Goes to show that it’s okay to cry sometimes, as long as you know you can emerge stronger than before. Lesson learned.

2.Dalam apa jua kesusahan, pasti ada hikmah
Dalam 72 peserta kem lanjutan ini, mereka datang dari pelbagai latar belakang dengan kisah hidup yang berbeza. Ada yang berasal daripada keluarga senang, ada juga yang berasal daripada keluarga yang susah. Susah sehingga tahap nak pergi ke kem pemilihan Kem Bola pun terpaksa naik van, bot dan sebagainya. Jalan yang berliku tidak semestinya akan berakhir dengan kesedihan. Salah seorang peserta kem lanjutan ini telah menunjukkan bahawa there is always light at the end of the tunnel.

3.If you never try, you never know
Ada seorang lagi peserta yang memilih kata-kata ini sebagai motto kehidupannya. Saya agak terkejut melihat anak yang baru berusia 11 tahun berfikiran begitu matang, tapi ada lagi satu insiden yang membuatkan saya lebih terkejut. 

Peserta ini sebenarnya agak pendiam, tapi dalam satu sesi belajar tentang cara bertanya dan bersoal dengan media, soalan yang dia ajukan langsung tidak menampakkan cara pemikiran seorang kanak-kanak berusia 11 tahun! If you never try, you never know…and the best part is, dia sendiri tidak menyangka dia sebenarnya punya keberanian untuk bertanya soalan bernas kepada orang.

Banyak lagi perkara menarik yang berlangsung yang tidak mungkin boleh diceritakan menerusi artikel ini sahaja. Apa kata anda tonton sahaja Kem Bola yang akan bersiaran di Astro Arena tidak lama lagi, anda pasti tidak akan menyesal!

Advertisement

Must Watch Video