Ketika Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tinggal beberapa musim sahaja lagi mampu memerah keringat di peringkat tertinggi, pemain seperti Kylian Mbappe, Neymar, Frenkie de Jong dan Jadon Sancho menjadi antara sebutan untuk mengisi kelompok handalan dunia.
Dengan saingan kali ini sudah melewati pertengahan musim, kehadiran bintang baru sentiasa mencuri tumpuan.
Dalam keadaan krisis, tanpa disangka-sangka beberapa kelab berjaya menemui sinar baru.
Antaranya, pengenalan Alphonso Davies dalam kesebelasan Bayern ketika menentang Bayer Leverkusen semalam.
Pemain berusia 19 tahun yang mewakili Kanada itu mencuri perhatian ramai ketika mengisi posisi pertahanan kiri yang kebiasaannya ditampung oleh Joshua Kimmich yang beralih ke kawasan tengah padang.
Walaupun masih mentah, Davies memperagakan potensinya apabila bukan sahaja ligat di benteng, malah berani membantu rakan-rakan mengasak kubu lawan.

Di Sepanyol pula, Real Madrid dan Barcelona turut menemui penawar duka di sebalik prestasi terumbang-ambing beberapa pemain.
Bukan mudah untuk memuaskan hati penyokong Los Blancos tetapi Federico Valverde berjaya melakukannya.
Pemain itu sebenarnya sudah menyertai Madrid daripada kelab Uruguay, Penarol, sejak 2017 lagi sebelum dipinjamkan ke Deportivo La Coruna.
Musim ini, pemain berumur 21 tahun itu mula memecah masuk kesebelasan utama selepas menambat hati pengurusnya, Zinedine Zidane, apabila berkemampuan untuk menggantikan tempat Toni Kroos dan Luka Modric.
Dalam masa sama, Ferland Mendy juga menyerlah di bahagian pertahanan dengan mengetepikan Marcelo.
Dengan penampilan pemain dari Perancis itu yang semakin matang, amat sukar buat Marcelo kembali merebut tempatnya.
Sementara itu, seteru ketat, Barcelona, akhirnya menemui permata berharga daripada kem La Masia.
Produk-produk akademi kelab Catalan itu sempat diabaikan dalam beberapa musim lalu berikutan polisi Barca yang cenderung membeli pemain ternama.
Kejayaan menggilap bakat Ansu Fati sejak berumur 10 tahun lagi mampu menyelamatkan gergasi LaLiga itu pada masa akan datang.
Dia muncul pemain termuda yang meledak jaringan berganda dalam saingan LaLiga, iaitu pada usia 17 tahun.

Sekatan perpindahan juga mendorong Chelsea untuk mengetengahkan ramai bakat-bakat baru.
Reece James mula menyusuli langkah Tammy Abraham dan Mason Mount apabila berjaya meyakinkan pengurus The Blues, Frank Lampard.
Hantaran lintangnya cukup berbahaya kerana jika tersilap langkah, pemain lawan boleh menjaringkan gol sendiri.

Gabriel Martinelli (Arsenal) dan Japhet Tanganga (Tottenham) pula biarpun dianggap masih hijau dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), perlahan-lahan mula mengukuhkan posisi di kelab masing-masing.
Begitulah kehedupan, kadang-kadang tuah datang dalam musibah jadi kelab tidak perlulah mengeluarkan dana besar untuk menyuntik kekuatan pasukan.