Perkara paling mustahil adalah menemui kesempurnaan dalam hidup dan ianya juga diguna pakai dalam saingan bola sepak di mana kesukaran mempertahankan rekod tanpa tewas dalam satu musim mampu mengundang tekanan yang maha besar.
Liverpool adalah pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang menjadi mangsa kesempurnaan.
Pada ketika peluang mereka untuk menjulang kejuaraan liga domestik hampir pasti dengan jurang yang cukup besar dengan pencabar di tangga kedua, Manchester City yang juga juara musim 2018/2019, waktu sukar yang akan dilalui mana-mana pasukan yang sedang menjalani aksi kompetitif pun ditempuhi skuad bimbingan Jurgen Klopp bermula kekalahan 3-0 di laman Watford.
Secara logiknya, kekalahan ini tidak menjejaskan kedudukan The Reds selaku pasukan yang mendominasi liga tetapi mahu tidak mahu, Klopp perlu akui ia meninggalkan kesan kepada para pemain apabila satu dunia memperlekeh kemampuan sebenar Liverpool jika di bandingkan Watford yang mengisi tangga ke-17 liga, posisi paling hampir dengan zon penyingkiran - jadi bayangkan apa yang menjadi perbahasan utama media arus perdana mahu pun platform sosial seperti Twitter dengan 'troll' dan sebagainya.
Klopp mungkin melihat ia sebagai 'luka kecil' tetapi ia adalah petanda anak buahnya yang sentiasa bersemangat untuk mendakap trofi yang sudah 30 tahun tidak ke Anfield itu mulai rasa lelah kerana perlu meletakkan fokus mereka pada tahap tertinggi sejak musim 2019/2020 bermula pertengahan tahun lalu.
Kesannya sudah kelihatan apabila Liverpool tersingkir dari pusingan kelima Piala FA Inggeris, tewas kepada Chelsea yang dibelenggu prestasi tidak konsisten dibawah bimbingan Frank Lampard musim ini.
Mungkin Klopp perlu membuka buku lama - bagaimana saingan sengit yang mereka berikan kepada The Citizens ketika mempertahankan kejuaraan 2017/2018 pada musim lalu diterbalikkan dari tekanan kepada suntikan semangat.
Malah City merekod 4 kekalahan musim lalu, berbanding Liverpool yang hanya tewas sekali dan terpaksa akur tamat di tangga kedua.
Ini bermakna, Liverpool tidak perlukan bantuan kecemasan lagi pada ketika ini tetapi hanya perlu keluar dari waktu sukar ini dengan menjadikan kekalahan kepada Watford itu adalah satu-satunya aksi mereka terlepas 3 mata musim ini.
Pelan jangka panjang - sudah pasti memastikan graf prestasi mereka semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan tamat lebih daripada 97 mata seperti yang diperolehi di saingan liga perdana 2018/2019.