Pengendali Paris Saint Germain, Unai Emery, menegaskan tiada pilih kasih di kelab PSG tidak kira siapa pun status pemain-pemainnya.
Ia berikutan pengguguran dua pemain utamanya, Edison Cavani dan Javier Pastore, ketika perlawanan menentang Rennes untuk aksi Piala Perancis.
Kedua-dua pemain dari Amerika Selatan itu dikhabarkan tiba lewat pada sesi latihan sehingga menimbulkan rasa berang jurulatih tersebut. Latihan pusat pasukan bermula pada Rabu lalu, namun Cavani hanya tiba pada Jumaat, menyaksikan Unai Emery mengenepikan namanya dalam skuad PSG. Cavani juga terpaksa berlatih bersendirian buat seketika sebelum boleh kembali bersama rakan sepasukan.
Manakala bagi Pastore, Emery memaklumkan bahawa pemain itu akan kembali menjalani latihan bersama pasukan dalam masa terdekat. Pengendali PSG yang berasal dari Sepanyol itu turut berharap agar keharmonian sepasukan dalam skuad PSG mampu dikekalkan dan tiada pemain yang bertindak secara individu.
Ketiadaan dua pemain tonggak itu tidak menghalang kemenangan besar PSG ke atas Rennes dengan Neymar, Kylian Mbappe dan Angel Di Maria masing-masing meledakkan dua gol untuk PSG menang besar 6-1.
Penulis yang turut mengikuti perkembangan pasukan di Ligue 1 merasakan bahawa PSG adalah pasukan kelab terkuat di Perancis buat masa kini, namun kelab ini selalu dibelenggu isu-isu berkaitan pemain-pemain bintang seperti isu yang membabitkan Neymar dan Cavani pada awal kemasukan Neymar dahulu.
Transformasi yang dialami Paris Saint Germain kini boleh diibaratkan sama seperti pasukan Manchester City yang kini gah di persada liga tetapi harus diingat, biarpun memiliki dana yang banyak, itu semua tidak bermakna jika mereka gagal merangkul kejuaraan utama seperti Liga Juara-Juara Eropah.