Kejayaan menewaskan Sheffield United 1 - 4 di laman sendiri sudah pasti melegakan pengendali Chelsea, Frank Lampard.
Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Chelsea selepas menewaskan Burnley dan mengekalkan Chelsea pada kelompok lima teratas liga.
Dengan kemenangan itu juga membuatkan Lampard merasa lega dan rasa berbaloi dengan pelaburan yang dibuat musim ini terutama dengan kehadiran pemain pertahanan berpengalaman Brazil yang dibawa daripada Paris Saint Germain, iaitu Thiago Silva.
Ini diakui sendiri oleh Lampard di mana beliau begitu berbangga dengan prestasi yang dipamerkan Thiago Silva ketika menentang Sheffield United semalam.
Bukan sahaja bijak mengemudi bahagian pertahanan tetapi Thiago Silva juga merupakan seorang ketua pasukan yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi. Lihat sahaja bagaimana karakter yang beliau pamerkan di atas padang ketika berhadapan Sheffield United walaupun ketinggalan, tetapi Thiago Silva bijak mengawal emosi rakan-rakan sepasukan dengan memberikan kata-kata motivasi untuk bangkit kembali.
Ia dapat di lihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan Thiago Silva itu sehingga menyemarakan semangat rakan-rakan sepasukan untuk mengatur serangan dan akhirnya berjaya mencipta kemenangan.
Advertisement
Dengan nilai kepimpinan yang tinggi dimiliki Thiago Silva itu juga menyebabkan beliau mampu membantu bahagian serangan untuk melakukan jaringan.
Sepanjang kerjayanya sebagai pemain pertahanan, Thiago Silva telah berjaya melakukan jaringan sebanyak 29 gol termasuklah 1 gol yang dijaringkan ketika bertemu Sheffield United.
Ini sudah cukup terbukti bahawa Thiago Silva seorang pemain yang bernilai dibawa Lampard ke Chelsea walaupun sudah berusia, tetapi itu bukan penghalang untuk Thiago Silva memberi aksi yang konsisten sepanjang perlawanan.
Thiago Silva juga pernah disamakan dengan legenda bola sepak Itali dan ketua pasukan AC Milan, Franco Baresi, ketika bersama AC Milan.
Berjaya melakukan jaringan pertama dalam Liga Perdana Inggeris itu sudah cukup bukti yang Thiago Silva mampu membalas jasa Lampard yang membawanya ke Chelsea dan seterusnya akan menjadi ketua pasukan yang di segani rakan sepasukan dan lawan sebagaimana John Terry yang pernah memimpin Chelsea sehingga membawa kejayaan pada Chelsea.