“Nampak tak bahaya tapi sekali dia pergi mesti gol”, Itu antara cakap-cakap yang penulis banyak dengar ketika ini sehingga N. Thanabalan dilabel ‘Inzaghi’ Malaysia dan ‘Nistelrooy' Malaysia.
Filippo Inzaghi, bekas pemain Itali, Juventus dan AC Milan pernah ditulis 'tidak bermain bola sepak' yang pernah menakluk dunia. Artikel itu memetik kenyataan seorang bekas pundit Football Italia, Frank Richardson, "Teknik dia (Inzaghi) sangat teruk.”
Namun, disebalik 'style of play’ Inzaghi, dia kerap menemui titik sentuhan penting untuk menjaringkan gol. Begitu juga dengan bekas pemain Belanda dan Manchester United, Ruud Van Nistelrooy.
Nistelrooy juga tidak mempunyai perwatakan sebagai penggempur yang berbahaya jika dibandingkan pemain seperti Ronaldo atau Thierry Henry tetapi dia mempunyai naluri penyudah yang cukup baik terutama dalam kotak penalti.
Thanabalan, empat gol daripada empat perlawanan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setakat ini. Sememangnya satu rekod jaringan yang cukup hebat. Apa yang dilakukannya ketika dia bermula sebagai pemain gantian ketika aksi kedua kumpulan A menentang Singapura selepas tidak beraksi pada perlawanan pertama bertemu Brunei ekoran kecederaan.
Muncul wira menerusi gol kemenangan dalam perlawanan itu, Thanabalan meneruskan kecemerlangan dengan dua gol bertemu Myanmar pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan yang mendapat pujian pengendalinya Datuk Ong Kim Swee.
"Dia mempunyai naluri penyudah dan kerajinannya dalam padang. Anda dapat lihat sepanjang 96 atau 100 minit perlawanan, dia berlari tanpa henti. Itu adalah kelebihan buat saya jika dia terus melakukannya, ia merupakan ancaman terhadap pasukan lawan,” kata Kim Swee selepas perlawanan menentang Myanmar.
Sensasi Thanabalan berterusan pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia pada Sabtu apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membawa Malaysia ke pentas final acara bola sepak Sukan SEA selepas kali terakhir pada edisi 2011 di Jakarta Indonesia.
Dua daripada empat gol dihasilkan pemain berusia 22 tahun itu hadir menerusi tolakan mudah dalam kotak penalti dan dua lagi gol melalui tandukan. Thanabalan ketika reaksi selepas perlawanan dengan skuad muda Garuda berkata “bapa selalu ingatkan saya, kalau apa-apa finishing pergi kepala sebab heading lagi tepat berbanding sepak”.
Sedikit mengenai Thana yang mempunyai kisahnya tersendiri. Dia mempunyai keluarga yg besar dan ayah yang sudah lumpuh. Ini membuatkan dia memilih bola sepak bagi menyara keluarganya.
Dengan empat gol dalam Sukan SEA kali ini, ia pasti membuka mata banyak pihak dan sudah pasti dia akan berada dalam radar pasukan-pasukan ternama tanahair menjelang akhir musim nanti.
Ayuh Thana dan rakan-rakan, hanya tinggal satu perlawanan sahaja lagi. Tenang dan lakukan terbaik demi negara kerana doa penyokong tanahair akan mengiringi perjuangan anda dan rakan-rakan untuk misi membalas ke atas Thailand!