Ahad lalu merupakan aksi terakhir Robin Van Persie selaku pemain profesional apabila dia mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak.
Van Persie yang berusia 36 tahun kembali beraksi bersama Feyenoord, kelab pertamanya sewaktu memulakan karier profesional pada tahun 2001.
Selama hampir 20 tahun selaku pemain bola sepak, Van Persie telah meledakkan 254 gol di peringkat kelab dan antarabangsa dengan gol terbanyak bersama pasukan Arsenal, 96 gol, dalam lapan musim bersama The Gunners.
Pada 2012, RVP melakukan penghijrahan mengejutkan apabila menyertai Manchester United dan impiannya untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris akhirnya menjadi kenyataan bersama The Red Devils.
Pada 2015, dia berhijrah pula ke Fenerbahce di Turki dan selama tiga musim di sana, 25 gol berjaya dicetaknya.
Hasratnya untuk kembali beraksi bersama Feyenoord menjadi kenyataan apabila pada 2018, Van Persie kembali bersama kelab lamanya di bawah bimbingan Giovanni Van Bronckhorst, yang juga merupakan rakan sepasukannya dalam skuad Belanda.
Secara tidak langsung, penampilan terakhir RVP adalah diatas padang yang sama dia beraksi buat pertama kali, iaitu di Stadium De Kuip.
Dia dianggap sebagai salah seorang penyerang berbisa pada era 2000 selain turut menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol buat Belanda dengan 50 gol dalam 102 penampilan.
Kenangan paling diingati tentunya tandukan berbisa dalam Piala Dunia 2014 yang turut tercalon dalam Anugerah Puskas FIFA.
Jasa Van Persie tentunya dikenang oleh peminat The Oranje, The Gunners dan juga The Red Devils sebagai salah seorang penyerang prolifik terbaik pada era 2000-an.