Buat penyokong selain yang mendukung Liverpool, jadi mimpi ngeri berganda jika The Reds memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini kebal tanpa ditewaskan.
Rekod kejuaraan sempurna liga elit England milik Arsenal, menerusi skuad 'Invincible' yang menjulang trofi emas musim 2003-2004.
Pastinya The Gooners paling lega saat Liverpool tumbang di tangan Watford susulan kekalahan tiga gol tanpa balas.
Dalam 27 perlawanan Liga Perdana Inggeris sebelum ini, anak-anak buah Jurgen Klopp hanya seri sekali, dan menang baki 26 yang lain.
Ismaila Sarr individu yang tidak diduga menjadi dalang kepada musnahnya impian buat Liverpool untuk menjadi jelmaan 'Invincible' era ini.
Tamat perlawanan pada 1 Mac di Vicarage Road, Watford 3-0 Liverpool.
Dua gol dan satu bantuan jaringan, cukup manis diraikan 19 pasukan lain termasuk seteru The Reds, Manchester United.
Oleh Yang Demikian dan Tulus Ikhlas, Terima Kasih Mail.