Selepas mengharungi 2 perlawanan bagi setiap pasukan dalam saingan Liga Super musim ini, ramai penyokong-penyokong dan permerhati bola sepak tempatan mula membuat perhitungan dan congakkan untuk melihat pasukan manakah yang mampu mencabar dan memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim yang juga merupakan juara bertahan 7 kali berturut-turut Liga Super.
Berdasarkan pada dua perlawanan yang telah dilalui oleh pasukan-pasukan yang bertanding pada saingan Liga Super itu ia telah mula menampakkan ada beberapa pasukan yang mampu mencabar Johor DT.
Sebagai permerhati bola sepak negara penulis merasakan ada 2 pasukan yang mampu memberi tekanan pada Johor DT pada musim ini iaitu pasukan Terengganu dan Selangor. Dimana kedua-dua pasukan itu telah menunjukkan aksi yang baik serta mempunyai falsafah bola sepak sendiri selain kemampuan dan keinginan tinggi pemain-pemain mereka untuk mencipta kemenangan pada setiap perlawanan terutamanya bagi pasukan Terengganu. Ini jelas ditunjukan pemain-pemain Terengganu ketika mencipta kemenangan dengan Selangor tempoh hari.
Bukan itu sahaja Terengganu juga mempunyai seorang jurulatih muda yang mempunyai wawasan dan aura tersendiri selain bijak dalam menyusun atur strategi menggunakan pemain-pemain sedia ada. Walaupun tahun ini Terengganu melakukan rombakan besar-besaran namun ia tidak menggusarkan Mohd Nafuzi Mohd Zain. Dimana Nafuzi Zain bijak dalam menyusun strategi dan menggunakan kelebihan yang dimiliki setiap pemain-pemainnya. Lihat sahaja bagaimana Nafuzi Zain membuat satu adunan yang mantap di antara pemain-pemain tempatan dan import Terengganu walaupun mereka baru disatukan.
Keserasian dan persefahaman yang baik dipamirkan pemain-pemain tempatan dan import itu merupakan kejayaan yang singkat berjaya dilakukan Nafuzi Zain. Inilah intipati kejayaan pasukan Terengganu pada masa kini dan sekiranya pemain-pemain mereka terus mengekalkan keharmonian dalam pasukan dan dapat mengikut setiap perancangan jurlatih sudah tentu Terengganu adalah sebuah pasukan yang kuat untuk mencabar Johor DT. Selain itu kekuatan mental dan bijak dalam mengawal tekanan itu juga penentu kejayayaan pasukan Terengganu.