Drama dan terus berdrama, itulah yang boleh diperkatakan kepada pemimpin-pemimpin persatuan bola sepak negeri yang mempunyai masalah. Ada persatuan yang ingin menarik diri dalam saingan liga pada awalnya dan pada saat-saat akhir ada yang menyelamatkannya.
Begitulah skrip bola sepak Malaysia yang ditulis sendiri oleh mereka-mereka yang berada di dalam persatuan sendiri. Namun, sayangnya jalan cerita yang ditulis oleh penulis skrip sudah diketahui umum sebab jalan cerita yang dipaparkan sama dengan drama-drama yang diterbitkan di Malaysia ini.
Tetapi tidak serupa dengan jalan cerita di Zurich di mana hari ini, Mohd Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang jaringan tercantik -- Anugerah Puskas FIFA 2016.
Penulis dan rakyat Malaysia serta Asia keseluruhannya berasa bangga dengan kemenangan ini kerana ia menjadi satu sejarah dalam bola sepak Malaysia serta kalendar FIFA di mana nama Faiz Subri akan tercatat sampai bila-bila.
Apa yang penulis ingin kongsikan disini setelah melihat sendiri siaran secara langsung yang dibawakan oleh Astro Arena Saluran 801 & 802 HD itu, bagaimana karakter Faiz Subri dengan langkah bersahaja dan berkeyakinan tinggi walaupun ditonton oleh legenda-legenda bola sepak dunia serta idola Faiz Subri sendiri, iaitu Cristiano Ronaldo di atas pentas yang sama.
Kepada semua agensi-agensi kerajaan,persatuan bola sepak terutama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia & Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menggunakan skrip dan jalan cerita Faiz Subri ini untuk diangkat ke layar perak.
Janganlah dibekukan sebagaimana legenda-legenda Malaysia sebelum ini yang telah menjulang nama Malaysia pada 1972 (Munich) dan 1980 (Moscow) di temasya Olimpik.
Gunakanlah sebaik mungkin kejayaan Faiz Subri ini untuk dikongsikan dengan generasi-generasi kini dan akan datang.
Lihatlah nilai-nilai positif yang ada pada diri Faiz Subri supaya dia boleh bercerita dengan mengadakan jelajah ke pelusuk negara untuk menceritakan bagaimana perasaan dan kejayaan yang dimilikinya ini bukan sesuatu yang mudah, dan yang lebih penting generasi-generasi kini dan mendatang akan menjadikan Faiz Subri sebagai sumber inspirasi diri untuk mencipta kejayaan.
Sama-samalah kita tunggu dan tonton filem Faiz Subri yang berkualiti tinggi ini untuk diangkat oleh badan-badan tertentu ke layar perak.
Tahniah Faiz Subri.