Skip to main content

Rencana

Tenis Terbuka Australia dibuka dengan panas

margaretcourtarena15118.jpg
Apa kriteria yang membolehkan seseorang atlet itu menerima penghormatan dengan dinamakan sesebuah stadium atau gelanggang itu sempena namanya? 

Sudah pasti sumbangan dan pencapaiannya sepanjang bergelar ahli sukan. Kebiasaannya pengiktirafan seperti ini diberikan kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara kelahirannya. 

Kalau di Malaysia, kita ada ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, di mana kecemerlangannya membuat seluruh rakyat Malaysia bersetuju Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil ditukar kepada Arena Nicol David pada Oktober 2009.

Melbourne Park, yang menjadi lokasi penganjuran Grand Slam pertama dalam kalendar tenis dunia ini, turut membabitkan Margaret Court Arena yang dinamakan sempena legenda tenis Australia yang masih memegang gelaran pemain wanita paling banyak meraih Grand Slam. 

Kalau ada pun pemain yang mampu mencabar rekod 24 Grand Slam milik Court adalah juara 2017, Serena Williams, yang kini hanya kurang satu gelaran. 

Malangnya, bintang Amerika Syarikat itu masih bergelut dengan masalah kecergasan selepas menjadi ibu hujung, tahun lalu.

Jadi, apabila pemain tenis seangkatan Court dari Amerika Syarikat, Billie Jean King, sekali lagi membangkitkan isu untuk menamakan semula Margaret Court Arena, ia benar-benar mencetuskan kekecohan pada hari pertama Terbuka Australia. 

Sejak 2012, Court yang aktif dalam politik secara konsisten mengkritik LGBT dan menentang perkahwinan sejenis. 

Bagaimanapun, jika persoalan ini ditanya kepada kira-kira 48,000 penonton yang membanjiri Melbourne Park, mereka pastinya tetap menyanjung Court sebagai legenda. 

Bukankah objektif asal sesuatu kejohanan sukan adalah menyatukan mereka yang berlainan politik dan kepercayaan?

Advertisement

Must Watch Video