Jaringan sendiri pada minit ke-90 oleh ketua pasukan Selangor, K. Sarkunan, memusnahkan rekod tanpa kalah Selangor di tempat lawan apabila kecundang kepada pasukan tuan rumah, Terengganu. Ini sedikit menghalang Selangor untuk terus memburu kedudukan kedua carta Liga Super apabila sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan terakhir.
Ini mengundang sedikit kegusaran dan tekanan kepada ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, dan para pemainnya begitu juga segelintir penyokong Selangor yang sentiasa mengharapkan kembali kepada era kegemilangan Selangor seperti suatu masa dahulu. Dengan tekanan desakan yang diterima dari pelbagai sudut, ia mengundang sedikit kekecohan di antara Farizal Harun (penjaga gol Selangor) dengan segelintir penyokong Selangor selepas perlawanan dengan Terengganu itu di mana Farizal dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap salah seorang penyokong Selangor.
Ini satu pengajaran kepada semua bukan sahaja kepada pemain tetapi penyokong juga, di mana perkara ini bukan pertama kali berlaku tetapi sudah banyak kali pergeseran di antara pemain dan penyokong dalam bola sepak Malaysia. Ia seolah-olah menjadi satu budaya. Jadi di sinilah para pemain perlu bijak dalam mengawal emosi dan jarak hubungan mereka bersama penyokong.
Kepada segelintir penyokong pula, janganlah mengunakan ruang sebagai penyokong yang mengeluarkan modal itu dengan semudah-mudahnya untuk menyalahkan pemain semata-mata kerana setiap pemain telah memberikan yang terbaik dalamsetiap perlawanan, namun mungkin nasib tidak menyebelahi mereka. Sementara itu, hubungan di antara pemain dan penyokong amatlah penting kerana mereka memerlukan di antara satu sama lain, jadi apa yang ingin penulis sampaikan di sini adalah kita kena tenang-tenang sahaja tidak perlu melenting kerana sikap itu bukan budaya kita.