Tahniah Real Madrid, sekali lagi melangkah ke pentas akhir Piala Dunia Kelab dengan kali ini mempertahankan kejuaraan 2016.
Berdasarkan keputusan perlawanan, kemenangan 2-1 dilihat tidak cukup gah untuk pasukan sehebat Real Madrid menewaskan Al-Jazira yang beraksi atas tiket tuan rumah, UAE.
Persaingan sememangnya sengit, namun Real Madrid tetap mendominasi keseluruhan perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandar Sukan Zayed ini. Anak buah Zinedine Zidane sepatutnya menang besar dari 17 percubaan tepat yang terhasil.
Sebaliknya, apa yang mencuri tumpuan adalah tiupan wisel pengadil perlawanan yang mengesahkan kebanyakan percubaan adalah ofsaid, dengan kekerapan ia berlaku menjadikan para penyokong turut berasa kecewa.
Tandukan Karim Benzema ke gawang Al-Jazira dibatalkan kerana Cristiano Ronaldo berada dalam kedudukan ofsaid. Begitu juga percubaan Casemiro yang membabitkan kedudukan Benzema yang ofsaid. Kekeliruan juga menyaksikan Benzema terlepas dua lagi peluang untuk menyumbangkan gol buat Real Madrid sebelum jaringan kemenangan ditemui Gareth Bale yang masuk selaku pemain gantian.
Bukan Real Madrid sahaja, Al-Jazira juga tidak terlepas menjadi mangsa kepada sistem video pembantu pengadil (VAR).
Legenda Maghribi, Mbark Boussoufa hampir sahaja jadi wira pasukan, namun jaringannya dibatalkan kerana ofsaid dan apa yang lebih memedihkan, emosi yang sedang berkecamuk dimanfaat Ronaldo untuk menafikan jaringan awal pemain Brazil, Romarinho, buat Al-Jazira.
Ini adalah jaringan ke-6 buat pemain yang menerima Anugerah Ballon d'Or buat kali ke-5 baru-baru ini untuk kini muncul penjaring terbanyak kejohanan. Ronaldo berpeluang jauh mengatasi para pencabar, Lionel Messi, Luis Suarez dan Cesar Delgado yang masing-masing merekod 5 gol apabila Real Madrid menentang kelab Brazil, Gremio pada final hujung minggu ini.