RENCANA
Teka-teki Barcelona
Ternyata musim 2016-17 bukanlah apa yang diinginkan oleh penyokong The Catalans selepas menyaksikan mereka sekali lagi di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara (UCL) apabila tewas 3-0 kepada Juventus di Turin.
Barca bakal menghadapi ujian terbesar mereka dalam usaha mencari kemenangan dalam perlawanan timbal balik pada 19 April nanti, bagi memastikan harapan mereka menempah slot separuh akhir kejohanan terbesar di Eropah itu.
Ia bukanlah situasi yang janggal buat mereka -- sebelum ini Barcelona telah berjaya bangkit apabila menumbangkan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 di Nou Camp untuk mara ke suku akhir dengan agregat 6-5.
Iklan
Jaringan Sergio Roberto pada masa kecederaan membantu Barca melakarkan kebangkitan yang penuh bersejarah dalam saingan UCL.
Bagaimanapun, kemenangan mereka itu telah menjadi punca pemain-pemain kehabisan tenaga selepas tewas 2-1 kepada Deportivo dalam saingan LaLiga.
Sebelum menghadapi aksi timbal balik pada 19 April ini, skuad bimbingan Luis Enrique akan mencari tiga mata penuh ketika berdepan Real Sociedad untuk terus mengejar pendahulu LaLiga, Real Madrid.
Dalam situasi ini, Barca sebenarnya berada di dalam dilema dan perlu segera membuat keputusan.
Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, mereka berjaya bangkit menewaskan PSG, namun tewas pada aksi seterusnya.
Jika perkara yang sama berulang, Barca berkemungkinan besar akan tewas dalam aksi Clasico berdepan Real pada 23 April dan peluang untuk mempertahankan kejuaraan liga ternyata lebur.
Secara matematiknya, Barcelona dianggap sudah meraih satu gelaran musim ini -- bertemu Alaves dalam final Copa del Rey dan Barca dilihat tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menjulangnya buat kali ke-29.
Sebagai hadiah Enrique buat kali terakhir kepada Barca, beliau perlu membuat kira-kira dan membuat keputusan tepat, sama ada menurunkan barisan terbaik untuk melakar satu lagi kebangkitan, ataupun cuba mengejar Real Madrid bagi mempertahankan gelaran LaLiga mereka?
Teka-teki buat Barca. Teka-teki buat Enrique.
“You are not the victim of the world, but rather the master of your own destiny. It is your choices and decisions that determine your destiny.” - Roy T. Bennett
Must-Watch Video