Mereka sahabat, berlatih bersama, membuka perniagaan bersama dan menyumbang emas Sukan Sea bersama.
Eratnya persahabatan pemanah compound lelaki negara, Lee Kin Lip, Mohd Juwaidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan hingga berkongsi mata pencarian di dalam dan luar lapangan memanah.
Atas minat yang mendalam, mereka berkongsi modal membuka perniagaan peralatan memanah di Ayer Keroh, Melaka dan Tawau, Sabah sejak beberapa tahun lalu.
"Kami semua amat meminati sukan ini. Segalanya lebih mudah kerana masing-masing mempunyai kepakaran dan ilmu mendalam mengenai memanah.
"Ini juga sebagai persiapan untuk menghadapi persaraan. Pingat emas ini membakar semangat kami untuk lebih maju dalam sukan ini," kata pemanah negara, Lee Kin Lip.
Sememangnya, trio negara harus bangga dengan emas compound berpasukan lelaki.
Mereka memenanginya sejak Sukan Sea Singapura 2015 sekaligus mengukuhkan reputasi sebagai gergasi compound rantau ini.
Saya bertanya kepada Juwaidi mengenai kesan kejayaan ini terhadap perniagaan mereka: "Saya harap kejayaan ini mengukuhkan jenama kedai kami (Excella Archery Proshop).

"Ia lambang perjuangan kami sebagai pemanah negara," katanya.
Persahabatan mereka membuatkan saya terfikir seketika.
Mereka bersahabat di atas lapangan, berlatih bersama, berniaga bersama dan menyumbang emas untuk negara bersama.
Kita semua mempunyai rakan, tetapi apakah hala tuju persahabatan kita?